Sunday, March 3, 2013

Lelaki pecah rumah dan paksa mangsa memasak

Polis dari Santa Ana memburu seorang lelaki yang dipercayai sering melakukan aktiviti pecah rumah di sebuah kawasan kejiranan. Dalam satu insiden, lelaki tersebut turut menjadikan seorang wanita sebagai tawanan dan memaksanya untuk memasak.

suspek polis

Polis mengatakan, lelaki ini telah memecah masuk sebuah pangsapuri di Lyon Street pada Isnin lalu kira-kira pukul 7 pagi. Dia sempat mencuri wang sebanyak $100 dari beg tangan seorang wanita yang sedang tidur.

Sehari kemudian, dia kembali ke sebuah pangsapuri berlainan dan memecah masuk melalui tingkap. Dia terpaksa berhadapan dengan seorang penghuni wanita. Dalam kejadian ini, dia menangkap dan menjadikan mangsa sebagai tebusan selama dua hingga tiga jam.

Suspek memberitahu wanita itu bahawa dia tidak akan mengapa-apakannya dan hanya mahu dimasakkan makanan untuknya. Selepas disediakan makanan seperti mana yang dimahukan, suspek menemui kamera di rumah mangsa dan mula menangkap gambar mangsa. Dia mengatakan wanita tersebut kelihatan cantik. Suspek juga sempat memujuk mangsa untuk mandi dan tidur bersama tetapi ditolak.

Polis mengatakan, ketika kejadian, kemungkinan besar suspek sedang khayal dibawah pengaruh dadah. Wanita tersebut telah berjaya memujuk suspek untuk pergi dan dia akhirnya melarikan diri menaiki sebuah basikal.

3 comments:

  1. takutnya klu berhadapan dgn perompak macam nie..nasib baik dia tak apa2 kan mangsanya..huhu

    ReplyDelete
  2. minta dijauhkan dari perkara2 seperti ni.. ngeri

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...