Monday, March 18, 2013

Patung bayi pontianak yang menyeramkan

Jika anda seorang peminat filem-filem seram berunsurkan pontianak, pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk memiliki patung menyeramkan ini. 'Bayi pontianak' hasil kerja tangan Bean Shanine ini kelihatan seakan hidup malah mampu menimbulkan perasaan takut bagi sesiapa sahaja yang memandangnya.

Patung bayi

Shanine menggunakan bahagian patung yang sedia ada lalu digubah dalam bentuk yang menyeramkan seperti menambah siung, memucatkan warna kulit, serta memberi warna kemerahan pada matanya. Bean Shanine, 32, mengambil masa kira-kira lebih lapan jam bagi melahirkan seorang 'bayi pontianak'.

Patung bayi

Selain berbakat dalam penghasilan 'bayi pontianak', Shanine juga ada menghasilkan 'bayi zombie' dan juga 'bayi Avatar'. 'Bayi avatar' yang dihasilkan Shanine adalah kembar dengan keseluruhan wajah serta badan mereka berwarna biru.

Patung bayi
Patung bayi

Keseluruhan 'bayi-bayi' yang dihasilkannya kelihatan sangat realistik. Bagi sesiapa yang ingin memelihara 'pontianak' atau 'zombie' ini, Shanine menjualnya dengan harga $650 ke atas.

Patung bayi
Patung bayi

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...