Saturday, March 16, 2013

Video: Ditumbuk penghibur jalanan

Mungkin anda pernah menemui penghibur jalanan seperti ini dimana mereka akan berdiri seperti patung dan hanya bergerak apabila diberikan sedikit tips bayaran. Anda boleh mengusik mereka, namun harus diingat mereka juga mempunyai perasaan dan batas kesabarannya.

kena tumbuk

Insiden yang berlaku ini harus dijadikan ikhtibar. Seorang penghibur jalanan berpakaian seperti patung koboi berwarna perak berdiri di tengah laluan orang ramai. Pada waktu tersebut, penghibur ini sedang melayan seorang penonton kanak-kanak.

Namun tidak beberapa lama kemudian muncul seorang lelaki yang membuat masalah. Dengan sengaja lelaki tersebut menggeletek pinggang dan menyentuh telinga penghibur itu. Sampailah satu ketika dimana lelaki tersebut cuba menggosok mukanya sehingga mungkin boleh merosakkan make up yang dikenakan, maka tahap kesabaran penghibur itu telah hilang lalu dia melepaskan satu tumbukan.

Video ini telah dirakamkan di laluan membeli belah Cavill Avenue yang terletak di Australia's Surfers' Paradise. Mungkin amat wajar lelaki tersebut mendapat pengajaran sebegitu.

2 comments:

  1. itu menunjukkan beliau jugak mmpunyai perasaan...ha3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...