2020527

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Thursday, May 30, 2013

Peminat tulis surat guna darah haid kepada artis

Mungkin kita pernah terdengar tentang sesetengah peminat fanatik bagi mana-mana artis yang sanggup mencederakan diri serta menulis surat dengan menggunakan darah sendiri semata-mata untuk idola mereka. Namun apa yang berlaku di sini agak berbeza. Seorang peminat setia artis k-pop yang terkenal, Taecyeon telah menulis surat kepada artis tersebut dengan menggunakan darah haidnya. Setelah diterjemahkan, isi kandungan surat tersebut berbunyi...

Tuesday, May 28, 2013

Mahu terjun bunuh diri kerana tidak diberikan rokok

Seorang wanita China telah mengugut untuk terjun dari tingkat lima sebuah bangunan hospital melainkan jika dia diberikan rokok. Jia Li Pan, 24, telah pergi ke sebuah hospital yang terletak di Zhongshan, wilayah Guangdong, untuk menjalani sesi kaunseling setelah mengalami kesukaran hihup termasuklah hilang pekerjaan. Dia sedang berada di bilik menunggu semasa meminta sebatang rokok dari pesakit lain. Namun, pesakit tersebut tidak mahu memenuhi...

Sunday, May 26, 2013

Benarkah Taj Mahal dibina atas cinta sejati?

Taj Mahal sering dikaitkan sebagai monumen percintaan. Namun, benarkah ianya dibina dari kasih sayang yang benar-benar ikhlas antara Shahjahan dan juga Mumtaz. Terdapat beberapa fakta mengenai pasangan tersebut yang mungkin agak memeranjatkan dan mengundang perspektif negatif bagi mereka yang mengagungkan monumen ini. 1. Mumtaz merupakan isteri ke-4 dari 7 orang isteri Shahjahan. 2. Shahjahan membunuh suami Mumtaz bagi membolehkan untuk mengahwininya. 3....

Friday, May 24, 2013

Berpindah sambil mengusung rumah sejauh 270 batu

Bagaikan seekor siput, seorang lelaki telah mengusung rumahnya sendiri dengan memikulnya di atas bahu lalu meneruskan perjalanan sejauh 270 batu. Liu Lingchao meninggalkan Bandar Wuzhou di Barat Daya China beberapa bulan yang lalu dan tiba di Bandar Liuzhou semalam. Rumah ini telah dihasilkan sendiri oleh Liu sejak lima tahun yang lalu dan mempunyai beban seberat 130 paun. Ianya diperbuat menggunakan tiang buluh dan kemudiannya digabungkan...

Tuesday, May 21, 2013

11 hari yang hilang dalam sejarah dunia

Fakta menarik mengenai tahun 1752. Jika dilihat pada bulan September 1752, anda akan perasan bahawa terdapat 11 hari yang hilang pada bulan tersebut. Bagaimana ini terjadi? Penjelasannya ialah, pada bulan tersebut, kerajaan England telah menukar penggunaan kalendar Roman Julian kepada kalendar Gregorian. Tahun bagi kalendar Julian dikatakan adalah 11 hari lebih panjang berbanding kalendar Gregorian. Raja England pada ketika itu telah mengarahkan...

Monday, May 20, 2013

Pistol berkamera yang antik

Pistol yang digabungkan bersama kamera ini telah dicipta dan digunakan pada tahun 1938 di sekitar Bandar New York. Tarik picunya dan pada masa yang sama ia akan menangkap gambar sasaran ketika peluru dilepaskan. Beratnya adalah 170 gram dan mempunyai lensa sepanjang 4 cm. Mungkin teknologi sebegini perlu diteruskan bagi memudahkan pihak polis mendapatkan bahan bukti jika berlakunya tembak-menembak bersama penjenayah atau bagi merakamkan imej...

Friday, May 10, 2013

Video: Aksi askar wanita dari China yang amat berbahaya

Ingat sama macam baling belon air ke grenade tu boleh baling dekat-dekat? Mujurlah jurulatih tu sempat ambil langkah drastik bawa lari askar wanita tu bersembunyi, kalau tau mau bersepai daging diorang ni. Agaknya jurulatih tu pun dah serik nak mengajar lepas ni dan tentera wanita tu pun mungkin diharamkan untuk memegang grenade seumur hidup. Kalau macam ni lah caranya, lebih sesuai bagi tugasan di dapur. ...

Wednesday, May 8, 2013

Gambar Adolph Hitler berseluar pendek yang diharamkan

Gambar-gambar ini diambil sendiri oleh jurufoto  peribadi Adolph Hitler sekitar tahun 1920-an. Imej-imej tersebut jelas menunjukkan beliau sedang memakai seluar pendek. Namun, ianya kemudiannya diharamkan olehnya kerana dikatakan 'menjatuhkan maruah seseorang'. ...

Tuesday, May 7, 2013

Manusia burung hantu

Martin Joe Laurello, atau nama sebenarnya Martin Emmerling, dilahirkan di Jerman sekitar tahun 1886. Menariknya, dia mampu memusingkan kepalanya 180 darjah seperti seekor burung hantu. Martin pernah mengikuti beberapa kumpulan pertunjukkan seperti Ripley's Believe it or Not, Ringling Brothers, dan Barnum & Bailey bagi memperlihatkan kebolehan luar biasanya. Dia telah berhijrah ke Amerika pada tahun 1921. Dia turut melatih beberapa ekor anjing...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...