Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, July 12, 2012

Serangga Terbesar Di Dunia

Seekor serangga ditemui di Pulau Litle Barrier di New Zealand. Apa yang peliknya, serangga ini mempunyai saiz fizikal yang amat besar berbanding dengan jenis serangga yang lain.


Serangga secara normalnya mempunyai saiz bentuk yang kecil. Tetapi terdapat serangga yang mana ia menyerupai cengkerik yang sangat besar dan juga merupakan serangga terbesar di dunia. 

Ia seberat tiga ekor tikus dan lebih besar dari beberapa jenis burung. Jika kita lihat gambar di bawah ini, hampir sebesar tapak tangan manusia. Gambar menunjukkan serangga ini sedang diberi makanan lobak merah.


Panjang sayap serangga itu 7 inci tetapi lihatlah serangga itu di atas tangan manusia, ia seperti makhluk asing. Mujurlah, Giant Weta hanya boleh dijumpai di Pulau Little Barrier di New Zealand.

Pulau itu sebenarnya membantu Giant Weta menjadi sangat besar kerana di situ tidak ada banyak pemangsa dalam habitatnya.


Giant Weta itu ialah yang terbesar pernah ditangkap gambar dan dijumpai oleh pengembara bernama Mark Moffett.

Mark memberanikan diri memegang Giant Weta berkenaan dan memberikannya makan lobak.

sumber- Amek Kaw

'Anak menyusahkan!' -Jennifer Aniston


JENNIFER ANISTON menegaskan dia tidak percaya akan kewujudan kehidupan sempurna. Aktres berusia 43 tahun yang kini sedang menjalinkan hubungan dengan aktor Justin Theroux mengakui biarpun ramai yang tertanya-tanya tentang sama ada dirinya akan berkahwin sekali lagi atau memulakan kehidupan berkeluarga, namun perkara tersebut bukan sesuatu yang membimbangkan dirinya.

Sebaliknya kata Aniston, dia kini belajar untuk selalu positif dan gembira dalam hidup tanpa perlu mengejar apa yang tidak akan diperolehnya.

Menjawab soalan wartawan majalah lelaki GQ versi Sepanyol tentang kehidupan peribadinya dalam satu temu bual baru-baru ini, ujarnya: "Kehidupan sempurna? Saya fikir ia sesuatu yang klise. Macamlah, kalau kamu mahu bahagia, kamu perlu ada rumah, suami dan anak. Anak-anak menyusahkan!"

Aniston sebelum ini berkahwin dengan aktor Brad Pitt, namun mereka bercerai selepas Aniston dikatakan enggan melahirkan anak kerana lebih mementingkan karier lakonannya.


Pitt kini sedang berbahagia bersama pasangannya, aktres Angelina Jolie serta enam orang anak mereka.

Aniston pula dilihat semakin serius dalam hubungannya dengan Theroux yang mula terjalin sejak Mei tahun lepas apabila bekas bintang siri TV popular Friend itu dilaporkan telah membeli sebuah rumah agam bernilai AS$21 juta (RM67 juta) di Beverly Hills, California untuk dijadikan kediaman mereka bersama.

sumber- Kosmo

Taktik menyamar tak menjadi

wanita warga asing menyamar
Anggota penguatkuasa sedang memeriksa dokumen pengenalan warga asing yang ditahan.
SENAI – Taktik seorang warga Indonesia menyamar sebagai warga tempatan dengan mengemukakan sijil kelahiran palsu tidak berhasil apabila dia ditahan bersama sembilan lagi warga asing dalam serbuan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Negeri Johor di sini, semalam.

Serbuan diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohamad Nasir Abas bersama 12 anggota penguatkuasa dimulakan dari jam 10 pagi hingga 3.45 petang, semalam.

Operasi dijalankan di tiga lokasi berasingan iaitu kilang membuat perabot di Taman Indah Jaya, medan selera di Saleng dan kedai runcit Bakar Batu.

Mohamad Nasir berkata, seramai 83 warga asing diperiksa dalam operasi itu dan sepuluh dari mereka yang berumur di antara 20 hingga 39 tahun ditahan kerana didapati melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen.

“Serbuan dijalankan hasil dari maklumat disampaikan orang awam, di mana sepuluh warga asing ditahan membabitkan enam warga Indonesia dan empat warga Myammar.

“Enam dari mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas dan permit sah.


“Manakala empat lagi didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana bekerja tanpa pas dan permit,” katanya.

Selain itu katanya, kesemua yang ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Pekan Nenas dan turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Atipsom 2007 dan Akta Pasport 1960.

Katanya, seorang majikan berusia 30 tahun turut diarah hadir ke pejabat Kementerian Dalam Negeri untuk siasatan lanjut.

sumber- Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...