Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, December 10, 2012

Bapa tertembak mati anak lelaki 7 tahun

bapa tertembak anak

PITTSBURGH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditembak mati secara tidak sengaja oleh bapanya di sebuah tempat letak kereta kedai menjual kereta api di barat Pennsylvania, semalam.

Jurucakap Polis Pannsylvania, Craig Allen Loghrey tertembak di dada dengan pistol yang dipegang bapanya, Joseph V. Loughrey, 44 ketika mereka sedang masuk ke kenderaan di Twig’s Reloading Den di Mercer, kira-kira 60 batu di utara Pittsburgh. 
Kanak-kanak itu mati di tempat kejadian pada jam 10.50 pagi. 

Bapanya ditahan untuk soal siasat tetapi polis berkata, bukti menunjukkan ia perbuatan tidak sengaja.

Polis berkata, mereka berdua dari Fredonia. 

sumber- Reuters

Van dijadikan restoran minuman teh

LONDON - Seorang wanita sanggup berhenti kerja dalam bidang pengiklanan semata-mata untuk menjual minuman teh dengan menggunakan sebuah van di sini.

restoran minuman teh
HOLMES berdiri di depan vannya yang dijadikan 'restoran' minuman teh di London pada 5 Disember lalu.
Wanita itu, Emilie Holmes membelanjakan sebanyak £10,000 (RM16,035) untuk mengubah suai van Citroen H keluaran 1974 untuk dijadikan 'restoran' teh bergerak.

Holmes tidak membuat pinjaman bank untuk tujuan melakukan pengubahsuaian van itu.

Dia menyiarkan rancangannya untuk membuka perniagaan teh itu di laman Kickstarter di internet.

Laman itu menyediakan kemudahan untuk orang ramai membantu membiayai perniagaan seperti Holmes.

Wanita tersebut berjaya memperoleh £14,000 (RM22,449) dalam tempoh 25 hari.

Holmes memperoleh sumbangan daripada 372 orang di laman tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak perlu membayar balik wang tersebut. 

sumber- AFP

Gajah terperangkap di kawasan berlumpur

NEW DELHI - Seekor gajah terperangkap di kawasan berlumpur di daerah Goalpara, timur India sejak Rabu lalu.

DUA pegawai perhutanan menunggang dua ekor gajah mendekati seekor haiwan itu yang terperangkap di kawasan berlumpur di daerah Goalpara kelmarin.
Beberapa pegawai perhutanan yang tiba kelmarin melakukan kerja-kerja untuk menyelamatkan haiwan itu sehingga semalam.

Haiwan tersebut diberikan vitamin bagi mengelak ia menjadi lemah selepas gajah berkenaan terperangkap.

Beberapa ekor gajah jinak digunakan untuk menyelamatkan haiwan tersebut.

Salah seekor gajah jinak menarik gajah yang terperangkap tersebut dari kawasan berlumpur itu dengan menggunakan tali.

Bagaimanapun, usaha itu masih belum mampu untuk menarik gajah tersebut keluar dari kawasan berlumpur.

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...