Monday, December 10, 2012

Gajah terperangkap di kawasan berlumpur

NEW DELHI - Seekor gajah terperangkap di kawasan berlumpur di daerah Goalpara, timur India sejak Rabu lalu.

DUA pegawai perhutanan menunggang dua ekor gajah mendekati seekor haiwan itu yang terperangkap di kawasan berlumpur di daerah Goalpara kelmarin.
Beberapa pegawai perhutanan yang tiba kelmarin melakukan kerja-kerja untuk menyelamatkan haiwan itu sehingga semalam.

Haiwan tersebut diberikan vitamin bagi mengelak ia menjadi lemah selepas gajah berkenaan terperangkap.

Beberapa ekor gajah jinak digunakan untuk menyelamatkan haiwan tersebut.

Salah seekor gajah jinak menarik gajah yang terperangkap tersebut dari kawasan berlumpur itu dengan menggunakan tali.

Bagaimanapun, usaha itu masih belum mampu untuk menarik gajah tersebut keluar dari kawasan berlumpur.

sumber- Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...