Memandikan haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing mungkin perkara yang merumitkan malah amat meletihkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang memeliharanya lebih dari seekor.
Bagi mengatasi masalah tersebut, sebuah syarikat di Jepun telah menghasilkan mesin basuh haiwan peliharaan khusus untuk penjaga yang malas memandikan haiwan peliharaan mereka. Mesin ini berfungsi secara automatik untuk mencuci, memandikan, dan mengeringkan haiwan peliharaan dalam masa 30 minit. Buat masa ini, mesin ini hanya dipasang di Pet World Joyful Honda di bandar Tokyo. Bayaran penggunaan yang dikenakan adalah sekitar 1,000 Yen.
0 comments:
Post a Comment