Monday, December 10, 2012

Kepala tersangkut pada tembok balkoni

Kemalangan terjadi dimana-mana. Kanak-kanak yang bermain harus sentiasa diawasi. Bagi mereka, setiap benda yang dilihat adalah permainan. Mungkin pada pandangan kita, benda tersebut langsung tidak berbahaya, namun siapa sangka benda yang dikatakan selamat tersebut boleh mengundang musibah.

kepala tersepit

Salah satu peristiwa yang boleh dijadikan ikhtibar ialah seperti mana yang terjadi pada kanak-kanak di China ini. Pada asalnya, tembok balkoni ini dibina bagi mengelakkan berlakunya insiden kemalangan seperti terjatuh atau sebagainya. Sebaliknya kanak-kanak ini bermain di tembok batu tersebut sehingga kepalanya tersangkut pada celahan tiang.

Mengikut laporan, kanak-kanak ini bersama neneknya telah melawat bangunan kerajaan tersebut di Daerah Hezhang bagi menyelesaikan sedikit urusan. Oleh kerana sifatnya yang ingin tahu, dia telah mencuba sesuatu diluar jangkaan dan akhirnya dia terjerat di situ. Pasukan penyelamat terpaksa dipanggil bagi memberi bantuan. Kes sebegini sering berlaku di China. Mujurlah kecederaannya tidak serius.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...