2020525

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Monday, December 31, 2012

Mayat lelaki ditemui tersangkut

SUNGAI PETANI - Orang ramai di sekitar Kampung Pengkalan Ikan Bilis, Sungai Lalang gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam sungai dekat sini kira-kira jam 11 pagi, semalam. Penduduk kampung, yang enggan dikenali berkata, mayat berusia lingkungan 30-an itu ditemui tersangkut pada sebatang pokok dalam sungai berkenaan. Bomba terpaksa menggunakan sampan nelayan untuk membawa mayat ke tebing. “Pada mulanya memang ternampak seperti...

Gelagat penyangak yang lucu

Sepanjang tahun 2012, ramai penjenayah telah diberkas atas pelbagai kesalahan yang dilakukan. Ketika diambil gambar untuk pengenalan identiti masing-masing, pelbagai reaksi dan penampilan lucu pula yang ditonjolkan. Ada yang mengenakan fesyen yang pelik. Tidak kurang juga ada yang memberi reaksi wajah seperti kurang siuman. Salah seorang penyangak ini diberkas ketika belum sempat habis bercukur. Insiden tersebut menyebabkan separuh wajahnya...

2 organ suami selamat isteri

LONDON: Tidak mungkin ada hadiah yang begitu berharga daripada yang diberikan David Whaymand kepada isterinya pada Krismas lalu. Apabila Carolyn yang menghidap fibrosis sista (cystic fibrosis) diberitahu buah pinggangnya gagal berfungsi dan satu-satunya harapan untuk pulih ialah dengan menjalani pemindahan, suaminya tanpa teragak-agak menawarkan satu daripada buah pinggangnya. Ia satu tindakan penuh kasih sayang dan membuatkan David gembira...

Masih hidup walau dua kali diisytihar mati

TOMSK (Siberia) : Seorang nenek dua kali bangkit daripada mati, malah terselamat selepas tiga hari berada di sebuah rumah mayat. Wanita Russia berusia 61 tahun itu diisytiharkan mati sebanyak dua kali oleh doktor tetapi hidup semula, termasuk beberapa minit sebelum dibedah siasat. HARDY (kanan), anaknya, Anastasia (kiri) dan cucu, Nelli. Hardy Lyudmila Steblitskaya menghabiskan masa tiga hari di rumah mayat yang sejuk ketika keluarganya...

Mumia bayi dari Peru

Biarpun meninggal dunia pada usia kurang dari 10 bulan, namun jasadnya kini sudah berusia kira-kira 6500 tahun. Itulah keistimewaan mumia bayi dari Peru ini. Mumia yang lebih dikenali sebagai 'Detmold Child' ini diawetkan sekitar tahun 4504-4457 Sebelum Masihi. 3,000 tahun lebih awal sebelum kelahiran King Tut. Cara memumiakannya pula adalah melalui persekitaran gurun yang panas dan kering. Ketika hidup, bayi ini dikatakan mengalami masalah jantung...

Mayat terduduk di tepi jalan

MIRI – Seorang pengawal keselamatan yang ingin pulang ke rumah terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki yang merupakan anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) terbaring di tepi jalan di Kampung Luak 3 di sini semalam. ANGGOTA polis dan petugas perubatan memeriksa mayat Maxizillian yang ditemui di tepi jalan di Miri semalam. Mayat Maxizillian Wenceslaus Gadok, 26, dari Kampung Perpaduan Ulu Sungai Dalam ditemui oleh Hamdan Hussain, 27, pada...

Gajah bermain bola sepak

SAURAHA, Nepal - Lapan ekor gajah bermain bola sepak dalam pertandingan gajah terbaik yang diadakan di sini baru-baru ini. BEBERAPA ekor gajah menyertai acara bermain bola sepak di Sauraha pada Jumaat lalu. - REUTERS Pertandingan tersebut diadakan selama tiga hari yang bermula pada Rabu lalu dan berakhir Jumaat lepas. Selain bermain bola sepak, haiwan-haiwan itu perlu menyertai acara lain seperti gajah tercantik. Haiwan-haiwan tersebut...

Sunday, December 30, 2012

Rekaan scarecrow yang pelik dan kreatif

Orang-orang atau lebih dikenali sebagai scarecrow sering digunakan untuk menakutkan haiwan terutamanya burung dari menghampiri bendang mahupun ladang. Perkataan scarecrow sendiri diambil dari perkataan scare yang membawa maksud menakutkan dan juga crow bermaksud burung gagak. Kebiasaannya patung ini dipakaikan pakaian menyerupai manusia. Sesetengah individu pula menggunakan daya kreativiti dengan menghasilkan scarecrow dalam bentuk yang...

4 maut pesawat Rusia terbabas di lebuh raya

MOSCOW -  Empat penumpang maut manakala empat lagi cedera apabila sebuah pesawat penumpang tergelincir dari landasan dan terbelah kepada tiga bahagian ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo di sini, semalam. Keadaan pesawat Russian Red Wings Airlines yang terbabas semalam. - Foto ihsan CNN Pesawat Russian Red Wings Airlines itu dalam perjalanan dari Republik Czech ketika terbabas. Kementerian Kecemasan Rusia berkata,...

Orang gelandangan dibakar semasa tidur

LOS ANGELES - Pihak berkuasa Los Angeles menahan seorang lelaki, kelmarin, kerana disyaki membakar seorang wanita berumur 67 tahun semasa mangsa sedang tidur di perhentian bas. Menurut polis, suspek berumur lingkungan 20-an dilihat menuang sesuatu ke atas tubuh warga emas gelandangan itu sebelum membakarnya. Mangsa kini dirawat di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. sumber- AP...

Garisan jalan raya paling teruk

Entah di mana silapnya, garisan jalan raya yang sepatutnya menjadi panduan kepada pemandu ini bercelaru dan bertindan. Tidak tahulah sama ada kontraktor yang membuat garisan tersebut sedang mabuk atau disengajakan. Yang pasti ianya bukanlah suatu seni yang boleh dikagumi. Jika dilihat pada kesemua gambar ini, rasanya lebih mudah untuk seseorang memandu di jalan raya tanpa garisan berbanding pemanduan dengan keadaan sebegini. Tidak mustahil...

Budak 3 tahun maut ditetak ibu saudara

BALING - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dan ibunya cedera selepas ditetak dengan parang oleh ibu saudaranya kira-kira jam 11.30 pagi di rumah neneknya di Kampung Kejai Mukim Tawar di sini. Mangsa Mohd Muaz Mohd Izwani, 3, maut dalam perjalanan ke hospital setelah mengalami kecederaan teruk bahagian kepala, tangan dan leher. Di rumah inilah mangsa ditetak oleh ibu saudaranya. Ibu saudara mangsa berusia 36 tahun itu dikatakan...

Nenek dakwa individu tertua dunia

GUANGXI, China - Seorang nenek yang tinggal di Bama di sini, mendakwa dia merupakan manusia paling tua yang masih hidup. Agensi berita Xinhua melaporkan, Luo Miezhen mendakwa, dia berumur 127 tahun selepas menyambut hari lahirnya pada September lalu. Kad pengenalan Miezhen menyatakan dia dilahirkan pada 1885, namun warga emas itu tidak mempunyai sijil kelahiran untuk membuktikannya. Wanita itu kini tinggal bersama anak lelakinya yang dikatakan...

12 rangka manusia purba ditemui

CHOLULA, Mexico - Ahli arkeologi di Mexico, menemukan rangka 12 kanak-kanak dan seorang dewasa yang dipercayai ditanam 800 tahun lalu, kata pakar Institut Antropologi dan Sejarah Nasional. Rangka-rangka itu ditemui ketika ahli arkeologi berkenaan memantau pemasangan sistem perparitan di kawasan perumahan di Cholula, kira-kira 120 kilometer dari ibu negara Mexico. Tengkorak pertama ditemui pada 8 Disember lalu dan pakar kemudian berjaya menggali...

Saturday, December 29, 2012

Mayat gelandangan berulat

TEMERLOH - Seorang lelaki gelandangan ditemui mati dalam keadaan berulat di stor flat Jalan Sinar di sini, malam kelmarin. Ketua Polis daerah, Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mayat lelaki berbadan gempal itu dipercayai mati tiga hari lalu akibat ulser dalam perut berdasarkan laporan bedah siasat. Polis memeriksa mayat lelaki gelandangan yang ditemui dalam keadaan berulat di flat Jalan Sinar, malam kelmarin. Menurutnya,...

Ilustrasi menarik di atas cendawan

Seni luar biasa dengan penghasilan ilustrasi pada permukaan cendawan. Ianya adalah hasil karya Corey Corcoran, seorang artis dari Boston, Amerika Syarikat. Membuat lukisan ilustrasi bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi jika ianya dilakukan di atas cendawan dari jenis Ganoderma Applanatum. Sedikit kesilapan sahaja, ia boleh mencacatkan hasil karya yang hendak dihasilkan. Tetapi ianya tidak menghalang Corey dari meneruskannya.. Kebanyakan...

Video: Perbuatan jijik, lelaki kencing di landasan kereta api

Lagi perbuatan tidak senonoh yang berlaku di China. Tandas telah disediakan namun lelaki ini tetap tidak mahu menggunakan kemudahan yang ada. Dia kemudiannya membuang air di landasan kereta api. Video ini telah dirakamkan oleh seorang penumpang yang kebetulan berada disitu. Bukanlah tujuannya untuk memalukan lelaki tersebut tetapi sebagai peringatan terhadap masalah moral yang semakin serius. Dikatakan ianya amat berbahaya untuk kencing di...

Wanita bersalin selepas kereta dirempuh perompak di depan rumah

LONDON: Seorang wanita bersalin selepas kereta dinaikinya dirempuh perompak yang melarikan diri dari rumahnya, lapor media semalam. Ceri Fiddes, 33, sebelum itu dinasihati kakitangan hospital supaya pulang dan menunggu beberapa jam lagi walaupun dia mengalami tanda bakal bersalin. Ketika Ceri dan suaminya, Daniel Fiddes menghampiri rumah mereka, seorang perompak menyerbu keluar, manakala rakan penjenayah itu menunggu di halaman. Jurucakap...

Jodoh pemuda kudung Iraq

LONDON: Tanpa kedua-dua tangan yang terpaksa dibuang akibat perang Iraq, tuah dialami Ali Abbas memang sangat menggembirakannya. Dalam serba kekurangan itu, Ali berpeluang mengahwini gadis yang menjadi pujaannya sejak kecil. Kini menetap di Britain, Ali, 21, berkahwin dengan Ankam Hamza, 18, dalam majlis penuh emosi yang dilangsungkan selama dua hari di bumi kelahirannya. Menceritakan pengalaman itu untuk kali pertama, Ali berkata, dia...

Bermain dengan beberapa ekor ular sawa

BANDAR MALABON, Filipina - Seorang lelaki bermain dengan beberapa ekor ular sawa di bandar ini semalam. SEORANG lelaki bermain dengan beberapa ekor ular sawa di Bandar Malabon semalam. Dia membuat persembahan bagi meraikan kedatangan Tahun Ular berdasarkan kalendar Cina pada bulan depan. Sejumlah orang menyaksikan persembahan lelaki itu yang berbaring bersama ular-ular tersebut. Ular sawa Albino Burma merupakan antara yang dipamerkan lelaki...

10 maut, van jatuh dalam gaung

BEIJING - Seramai 10 orang maut termasuk lima kanak-kanak selepas sebuah van jatuh ke dalam gaung di Dahua, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang semalam. Van yang membawa muatan berlebihan itu terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung itu di selatan China. Kenderaan sembilan tempat duduk itu dinaiki sebanyak 20 orang. GAMBAR menunjukkan van yang terjatuh ke dalam gaung di Dahua, selatan China semalam. Nahas tersebut berlaku pada pukul 6 pagi...

Ukiran lembu jantan di sawah padi

JAKARTA - Seorang artis seni, Budi Barnabas menghasilkan ukiran berjudul lembu jantan mendapat kecederaan di kawasan sawah padi di Kampung Nitiprayan, Bantul dekat Yogyakarta, Indonesia. DUA petani berjalan melintasi ukiran lembu jantan di Kampung Nitiprayan, Bantul dekat Yogyakarta, Indonesia kelmarin. Ukiran kayu itu merupakan sebahagian daripada pameran ukiran di luar bangunan yang dikenali sebagai Tuaian Terakhir. Pameran tersebut yang...

Friday, December 28, 2012

Lelaki maut telan 28 telur mentah

TUNIS - Gara-gara nekad menyahut cabaran rakannya, seorang lelaki di Tunisia dilaporkan menemui ajal, menurut stesen radio Shems FM, kelmarin. Dhaou Fatnassi, 20, dari bandar Kairouan sanggup menelan 28 telur mentah kerana mahu mendapatkan wang taruhan seperti yang dijanjikan oleh temannya. gambar hiasan Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Fatnassi mengadu sakit perut dan segera dihantar ke hospital tetapi meninggal dunia sebelum sempat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...