Friday, July 13, 2012

10 hukuman mati yang penuh seksaan dan kejam

Inilah antara hukuman mati yang popular dan sering digunakan pada masa dahulu. Kebanyakan hukuman ini dianggap kejam pada masa sekarang dan tidak lagi diamalkan.


1) Ditanam Hidup-hidup


Hukuman ini digunakan kepada individu ataupun  beramai-ramai. Mangsa biasanya diikat dan kemudian ditempatkan dalam sebuah lubang lalu ditanam hidup-hidup. Salah satu peristiwa kejam yang menggunakan hukuman ini ialah ketika Perang Dunia ke-II semasa tentera Jepun menanam hidup-hidup warga sipil China. Mengikut catatan, hampir 10,000 orang yang menjadi korban.


2) Snake Pit


Ini adalah salah satu lagi bentuk Penyeksaan yang boleh dikatakan kejam dan ngeri. Mangsa dihumban ke dalam lubang dalam dengan ular berbisa. Beberapa pemimpin terkenal dikatakan mati dengan cara ini termasuklah Ragnar Lodbrok, panglima perang Viking, dan Gunnar Raja Burgundi.


3) Cakar Sepanyol


Seksaan ini digunakan di Eropah pada abad pertengahan. Digunakan untuk merobek kulit dan daging malah ianya juga mampu merobek tulang-temulang. Mangsa diikat telanjang adakalanya di khalayak ramai. Alat ini biasanya digunakan untuk menyeksa leher dan wajah sahaja. Ada juga yang menggunakannya hingga ke kaki.


4) Dihiris Perlahan Lahan


Ling Chi, diterjemahkan sebagai “menghiris perlahan” atau “kematian yang dilambatkan” menggambarkan betapa peritnya kematian yang dialami. Penyeksaan seperti ini bermula pada tahun 900 M sehingga tahun 1905. Ianya dilakukan dengan mengelar tubuh mangsa dan memisahkan anggota badan dengan perlahan sehingga mati.


5) Dibakar


Hukuman bakar hidup-hidup ini telah dipraktikkan berabad lamanya. Selalunya hukuman ini di laksanakan terhadap pengamal ilmu sihir atau pengkhianat. Sebelum abad ke-18, hukuman ini adalah perkara biasa dan mangsa sering di hukum dikhalayak ramai dengan diikat pada sebatang tiang lalu dibakar.


6) Necklacing


Hukuman ini banyak dilakukan di Afrika Selatan dan masih dipraktikkan hingga sekarang. Lengan mangsa akan dimasukkan ke dalam tayar lalu dibakar. Tujuan sebenarnya adalah untuk mencairkan getah lalu api akan meratah tubuh mangsa secara perlahan.



7) Dipijak Gajah


Ribuan tahun lamanya di Asia Selatan dan Asia Tenggara, gajah digunakan untuk melaksanakan hukuman mati. Haiwan in dilatih untuk melaksanakan dengan dua cara iaitu perlahan-lahan yang menyeksakan akan mati terus dengan segera. Hukuman ini adalah untuk membuatkan rakyat jelata lebih takut kepada pemerintah.


8) Guillotine


Guillotine adalah salah satu bentuk penyeksaan paling terkenal .Terdiri dari pisau besar tajam yang diikatkan pada tali dan kepala mangsa diletakkan di tengah-tengah bingkai. Kemudian pisau dijatuhkan menyebabkan mangsa yang dipenggal mati serta merta.


9) Digantung, ditarik , dan dicincang


Hukuman ini biasanya dijalankan kepada pengkhianat Inggeris pada abad pertengahan. Mangsa akan digantung, ditarik dan dicincang .Hukuman ini telah dihapuskan pada tahun 1814.


Proses hukuman :

  1. Mangsa dibawa pada bingkai kayu tempat melaksanakan hukuman.
  2. Leher mangsa digantung sehingga mati.
  3. Isi perut dan alat kelamin mangsa dibakar. Akhirnya, tubuh dicincang menjadi empat bahagian yang terpisah dan selepas itu kepala mangsa akan dipenggal.



10) The Brazen Bull


The Brazen Bull merupakan salah satu bentuk penyeksaan paling kejam. Ia diasaskan pada zaman yunani kuno. Satu ketuhar pembakar logam direka dalam bentuk lembu dan mempunyai pintu yang berkunci dari luar. Mangsa akan dilemparkan ke dalam ketuhar tersebut kemudiannya dinyalakan api menyebabkan mereka menggelepar dan menjerit akibat kepanasan sehingga mati.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...