Friday, July 13, 2012

Dara sunti dirogol kekasih

GEORGETOWN - Tindakan pelajar perempuan berusia 17 tahun keluar rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya untuk bertemu kekasih berakhir dengan episod hitam apabila dia dirogol.

Episod hitam pelajar tingkatan lima bermula selepas dia dipelawa meminum air tin ketika bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah di Bayan Baru, kelmarin.

Mangsa bersama teman lelakinya menikmati air minuman tin sebelum suspek mengajak mangsa menaiki bas ke sebuah lagi pasar raya berdekatan.

Sebaik sampai ke lokasi berkenaan, mangsa dikatakan berasa pening dan berada dalam keadaan separuh sedar.

Ketika itulah mangsa diambil kesempatan dan dijadikan habuan pemuas nafsu kekasih durjana itu.


Menurut sumber, gadis itu hanya menyedari dirinya diperlakukan demikian dan diperkosa selepas kembali tersedar kira-kira jam 10.30 malam. Mangsa apabila melihat kekasihnya berada di sebelah dan di lokasi yang dia sendiri tidak ketahui.

“Mangsa kemudian melarikan diri dan pulang ke rumah dan memaklumkan ibu bapanya mengenai kejadian itu dan membuat laporan polis," katanya.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...