Tuesday, July 10, 2012

3 disambung reman

AMPANG: Tiga lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes menyerang dan membakar seorang kerani bank di depan rumah wanita terbabit di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, Ampang, disambung reman hingga 16 Julai ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata ketiga-tiga lelaki terbabit yang sebelum ini ditahan reman selama seminggu disambung seminggu lagi.


“Tiga suspek terbabit masing-masing berusia 20-an dan 33 tahun disambung reman bagi melengkapkan siasatan,” katanya. ketika dihubungi semalam.

sumber- Metro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...