Tuesday, July 10, 2012

Lembu Berkaki 6 Di Switzerland

Seekor lembu di Switzerland mula menjadi popular selepas kisahnya mendapat perhatian pihak media tempatan. Perkara ini adalah kerana lembu tersebut mempunyai enam kaki berbanding lembu normal yang lain.


Petani, Andreas Knutti dari Weissenburg yang terletak 30 kilometer ke selatan ibu kota Switzerland, Bern memberitahu, dia tidak sampai hati untuk menghapuskan anak lembu peliharaannya kerana ia bersemangat untuk hidup. Dia memberitahu akhbar tempatan, Blick bahawa kecacatan tulang belakang menyebabkan Lilly tidak dapat mengeluarkan susu seperti lembu susu lain.


Namun, kata Knutti, jika anak lembu itu kekal sihat, ia akan dibenarkan menyertai lembu-lembu lain di padang ragut pergunungan Alpine pada musim panas ini.

sumber- Kosmo

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...