Tuesday, July 10, 2012

Katak makan ular

Seekor katak tertangkap oleh kamera sedang memakan seekor ular di China. Fenomena alam ini dianggap sebagai luar biasa kerana umumnya yang terjadi adalah ular memakan katak dan bukan sebaliknya.


Gambar katak gunung yang sedang memakan ular berbisa Jerdon, berjaya dirakan oleh seorang pelancong yang berkunjung ke Qingcheng Mountain Park di Sichuan, China tengah.

Ran Longzhong, yang berasal dari Chongqing, mengungkapkan kepada IC Media bahawa dia nyaris tidak dapat mempercayai penglihatannya dan dia bernasibbaik kerana dapat mengabadikan fenomena alam tersebut dalam bentuk gambar.


"Ketika itu saya sedang bersiar-siar di kaki gunung, tiba-tiba sahaja saya melihat seekor katak sedang memakan ular dan ular itu ternyata masih hidup dan meronta-ronta,” ujarnya.


“Dalam waktu lima minit sahaja, katak itu dapat memakan keseluruhan ular tersebut. Sukar dipercayai seekor ular predator dapat dikalahkan oleh mangsanya.”

sumber- blog.esdoger

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...