Tuesday, July 10, 2012

Penduduk gempar penemuan separuh badan manusia di atas jalan

PETALING JAYA - Penemuan mayat separuh badan yang terkeluar dari longkang berhampiran pasar raya Atria di Jalan SS22/21 di sini hari ini akibat limpahan air hujan menggemparkan penduduk sekitar.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat lelaki separuh badan dari paras pinggang hingga ke pergelangan kaki itu ditemui orang ramai pada 12 tengah hari tadi sebelum memaklumkan kepada polis.

"Mangsa dipercayai dihanyutkan ke longkang terdekat berikutan hujan lebat dan terkeluar akibat limpahan air longkang ke jalan," katanya kepada Bernama melalui sistem pesanan ringkas, hari ini.


Beliau berkata mangsa memakai seluar jeans berwarna biru dan pihak polis masih mengesan sebahagian lagi mayat dengan menggunakan khidmat unit pengesan anjing K9.

Arjunaidi berkata berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai mati lebih dari 24 jam sebelum ditemui dan mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

sumber - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...