Wednesday, July 18, 2012

Jalan Terpendek Di Dunia



Ebenezer Place, yang terletak didalam kawasan Wick, Caithness, Scotland, telah dinobatkan sebagai jalan terpendek dunia didalam Guinness Book of Records dengan panjangnya hanyalah 2.06M (6 '9 ") . Ukuran ini dikatakan sama dengan ketinggian Vanja Ivesa (pemain bola sepak untuk kelab Eskisehirspor di Turki), Zdeno Chara (pemain yang paling tinggi dalam NHL) atau Nelly Alisheva (pemain bolatampar yang paling tinggi). Ia secara rasmi telah diisytiharkan sebagai sebuah jalan pada tahun 1887.

Ceritanya bermula pada awal tahun 1880an apabila seorang pedagang tempatan yang bernama Alexander Sinclair, telah pulang ke Scotland dari Amerika, dengan membawa kekayaan yang memuaskan. Beliau kemudiannya telah membina sebuah bangunan yang akhirnya dijadikan sebagai sebuah hotel yang diberi nama Hotel Mackay's dipersimpangan jalan Union dan River Streets.

Sehingga ke hari ini, cuma terdapat sebuah alamat di Ebenezer Place iaitu No 1 Bistro yang merupakan sebahagian dari MacKay's Hotel dan sememangnya tiada ruang yang tinggal untuk alamat ke 2 . 

sumber- catatan-karmic

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...