Wednesday, July 18, 2012

Kejadian ayam beranak dan bukan bertelur


Seekor ayam betina dikatakan beranak dan tidak seperti kebiasaannya bertelur dan mengeram sebelum telurnya menetas. Pemilik ayam yang tinggal di kawasan pegunungan Sri Lanka, Ranjith Ekanayake mengatakan bahawa dari 6 ekor ayamnya, seekor daripadanya tidak mengeram telur.

Ekanayake kemudian terkejut setelah mendapati ayam betina yang tidak bertelur itu mengeluarkan anak ayam tanpa telur. Anak ayam itu membesar sihat namun induknya mati.

Jabatan penternakan Sri Lanka mengatakan ia adalah kes pertama seumpamanya dan tidak pernah mendengar kejadian seperti itu sebelumnya. Media-media tempatan mengeluarkan gambar pegawai perternakan itu yang sedang membuat pememeriksaan kotoran induk ayam.

Melalui pemeriksaan itu, dipercayai telur ayam berkembang dalam sistem reproduksi ayam betina itu.
Di dalam sistem reproduksi induk ayam, telur tersebut mengalami inkubasi selama 21 hari dan menetas sebelum keluar dari induknya.Namun ayam betina itu mati kerana pendarahan dalaman.

Surat khabar Daily Mirror, Sri Lanka, dalam muka hadapan menulis, “Ayam yang keluar lebih dahulu, bukan telur.”

sumber- Melayu kini, Billy Info

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...