Restoran Tandas Taiwan atau nama restorannya ialah Modern Toilet , sangat terkenal dengan reka bentuk restoran dengan susunan dan segala macam perkakas di dalam tandas. Seumpama makan di dalam tandas. Begitulah yang ingin diungkapkan sebenarnya.
Jika dilihat dari mata kasar, seperti di dalam sebuah tandas yang agak tidak asing dalam kehidupan. Begitu jugalah bagi mereka yang meletakkan suatu tafsiran tanpa sebarang penyelidikan. Seolah-olah suatu tempat yang jijik kerana tandas merupakan suatu tempat untuk manusia membuang segala sisa-sisa najis mereka.
Namun, restoran ini menekankan senibina dan perkakas di dalam tandas yang menjadi aksesori utama Modern Toilet.
Tanya kepada diri, adakah anda sanggup makan di restoran ini?
Keunikan adalah sesuatu kreativiti dan inovasi yang sememangnya ditekankan dalam membina tamadun negara tetapi tidak semua masyarakat dapat menerimanya. Begitu juga dengan Modern Toilet.
Memang benar bagi kita, masyarakat yang sudah biasa dengan kebersihan, suasana yang jauh daripada jijik kekotoran menjadi tempat untuk kita memaknakan rezeki ke dalam diri.
Pasti yang ada geli-geleman dengan suasana begini bertambah lagi suasana tempat makan.
Bayangkan setiap pelanggan duduk di sebuah toilet akrilik yang sangat bergaya yang direka dengan gambar bunga mawar, kerang atau lukisan Renaissance dalam apa jua bentuk sekalipun. Perkakas seperti mangkuk tandas, kasut tandas, singki dan lain-lain lagi. Semua orang makan malam di sebuah meja kaca beralaskan tab mandi di bawahnya.
Makanan dihidang di dalam sebuah mangkuk tandas mini!
Minuman yang cecairnya diminum dari urinoir plastik!
dan ais-krim lembut yang telah dicampur dan berbentuk seperti tahi makluk asing (berlingkar)
diletakkan dipiring yang reka bentuknya seperti selipar.
Setiap santapannya juga mempunyai nama yang agak unik mengikut suasana restoran tandas.
Antara nama pencuci ialah
- "diarrhea with dried droppings" (chocolate),
- "bloody poop" (strawberry)
- "green dysentery" (kiwi).
Modern Toilet yang dimiliki Wang Zi-wei, 29, seorang bekas juruwang di bank, mendapat idea daripada watak kartun robot Jepun Jichiwawa, yang suka bermain dengan kotoran. Terinspirasi oleh citra itu, Wang mula menjual coklat swirls ais krim di kertas toilet jongkok.
Modern Toilet mula beroperasi sekitar tahun 2004. Restoran ini, kini mempunyai tujuh cawangan di Taiwan, satu di Hong Kong dan satu di Shenzhen, China. Terdapat juga perancangan untuk melebarkan cawangan ke bandar-bandar lain di China, Macau, Kuala Lumpur, Malaysia.
sumber- lembah bicara
0 comments:
Post a Comment