Wednesday, July 18, 2012

Misteri kelibat hantu Surabaya memandang laptop

kelibat hantu
Kelibat hantu di depan laptop
SURABAYA – Tidak siapa yang tahu mengenai hantu yang sedang merenung komputer riba ini, apatah lagi bagi mengesahkan kesahihan gambar tersebut.

Namun, heboh di perkatakan dalam laman web tertentu bahawa hantu tersebut berkait rapat dengan Gedung Darmoyuda di Surabaya.

Gedung Darmoyuda adalah bekas bangunan penyimpanan fail bahagian kewangan di Kompleks Pejabat Pemkab yang dibiarkan kosong sejak ianya terbakar pada 9 Mac 2009.

Dalam foto tersebut, kelihatan hantu wanita berambut panjang dengan mengenakan pakaian putih sedang duduk di hadapan laptop. Namun dia hanya terdiam di tempat duduknya, sambil memandang tepat pada laptop itu.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, gambar hantu tersebut diambil menggunakan kamera Samsung GT-S5830 pada hari Khamis, 5 Mei 2011 jam 12:22:41 waktu Indonesia.

Sehingga kini, tiada sesiapa mengetahui individu yang menangkap gambar tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...