Wednesday, August 29, 2012

Chainsaw terbesar di dunia

Chainsaw terbesar di dunia

Chainsaw adalah gergaji berenjin yang sering digunakan untuk menebang pokok besar seperti kayu balak. Penggunaan chainsaw memerlukan kemahiran dan harus digunakan secara berhati-hati kerana kesilapan yang dilakukan mampu mendatangkan kecederaan atau kematian. 

Di Amerika, terdapat sebuah chainsaw berukuran gergasi yang dinamakan 'Big Gus' direka oleh Moran Iron Works, Inc. di Onaway, Michigan, USA pada tahun 1996. Ianya berukuran 6.98 meter (22 kaki 11 inci) panjang dan 1.83 meter (6 kaki) tinggi. Dengan ukuran sebegitu, tiada siapa yang mampu mengangkatnya. 'Big Gus' juga telah mencatat Guinness World Records sebagai gergaji berenjin terbesar di dunia dan kini dipamerkan di Da Yoopers Tourist Trap di Ishpening, Michigan, USA.

2 comments:

  1. Replies
    1. boleh... kalau tak, memang tak tersenarai dalam guinness world records sebagai chainsaw paling besar yang boleh digunakan...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...