Tuesday, September 25, 2012

Tiz Zaqyah kembali single

Tiz Zaqyah

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Tiz Zaqyah atau Siti Zaqyah Abdul Razak mengakui kebenaran kenyataan Remy Ishak mengenai hubungan mereka yang sudah tiga bulan berakhir.

Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Nur Kasih itu mengambil sikap mengunci mulut daripada mengulas lanjut mengenai punca perpisahan mereka. “Saya tak nak komen apa-apa. Sebelum ini pun saya dihujani panggilan dari pihak media yang mahukan komen sejak cerita ini keluar. Ia sedikit sebanyak mengganggu tumpuan saya untuk berlakon.

“Disebabkan saya tengah ‘shooting’ kadangkala saya tak dapat menjawab panggilan daripada pihak media dan jangan pula ada yang menganggap saya mengelak daripada menjawab soal ini.

“Apa yang Remy cakap itulah cerita sama saya boleh katakan. Kami tiada orang ketiga. Kenyataan Remy pun menyebut begitu. Saya cuma berharap semua pihak jangan menghakimi perkara ini dan menyalahkan sesiapa. Kami berpisah atas persetujuan bersama,” katanya.

Menerusi drama Cinta Jangan Pergi arahan Khabir Bhatia dan Labu, pelakon berusia 24 tahun itu digandingkan semula dengan Remy sebagai pasangan kekasih.

Bagaimanapun, dia dan Remy berjanji bersikap profesional ketika berlakon.

sumber- HMetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...