2020532

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Wednesday, October 31, 2012

Treler masuk rumah

PAPAR: Dua beradik yang tidur di ruang tamu rumah datuk mereka nyaris maut apabila sebuah treler membawa muatan besi merempuh kediaman itu di Kampung Kawang, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, kedua-dua beradik berkenaan dikenali sebagai Gabriel Goldi, 4, dan adik perempuannya, Adigel Goldi, setahun, tidak mengalami sebarang kecederaan. REMUK...kepala treler muatan besi remuk teruk selepas merempuh rumah, semalam. Menurut...

Enam lagi terkorban dalam sengketa dua desa

JAKARTA: Insiden pergaduhan yang semakin buruk antara dua desa di Lampung Selatan meragut sekurang-kurangnya enam lagi nyawa semalam selepas pertempuran Ahad lalu menyebabkan tiga orang terkorban, lapor tempo.com. Bagaimanapun, jurucakap Polis Lampung, Adjutan Komisioner Sulistyaningsih memberitahu agensi berita Antara bahawa tiada penambahan korban jiwa daripada pertempuran Ahad lalu. Selepas mendapati tiga penduduk kampung terbunuh dan 10...

Bom 10 kilogram ditemui

JAKARTA: Sebutir bom buatan sendiri seberat 10 kilogram ditemui di pondok sebuah ladang ketika serbuan polis dan tentera di Desa Tamanjeka, Masani, di Sulawesi Tengah pagi kelmarin. Bom itu dibungkus dalam plastik. Serbuk letupan dan bateri 12 volt serta bahan peledak turut dirampas. Pondok itu dimiliki seorang lelaki di sebuah desa yang terletak 2,100 meter di atas paras laut dan digelar penduduk tempatan dengan nama Gunung Biru. Jurucakap...

Arpan bangga ada 25 jari

BHOPAL: Seorang budak lelaki berusia empat tahun menarik perhatian ramai apabila dia memiliki 25 jari, lapor media semalam. Arpan Saxena, dari Bhopal, mengalami dua kecacatan genetik yang jarang berlaku. Satu daripadanya dikenali sebagai Polydactyl yang menyebabkan jari tangan dan kakinya mempunyai jari tambahan. Arpan juga mengalami Syndactyly yang menyebabkan jari tangan dan kakinya bercantum. KEADAAN jari tangan Arpan (gambar atas)...

Ugut gunting telinga anak saudara

KOTA BHARU – Padah ugut mengunting telinga anak saudara, seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. Hukuman diputuskan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly terhadap Abdul Zaman Ismail, 29, dari Kampung Limau Kasturi, Gua Musang. Tertuduh diiringi polis keluar dari mahkamah selepas hukuman diputuskan, semalam. Tertuduh sebelum itu mengaku mengugut Muhammad Zuhairi Nizar Ghazali,...

Langgar lari: Pemandu dibelasah

IPOH – Seorang pemandu kereta berusia 40-an dibelasah orang ramai selepas merempuh enam penunggang dan pembonceng motosikal ketika cuba melarikan diri di persimpangan Jalan Mustafa Al-Bakri di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 11 malam itu, pemandu yang menaiki kereta jenis Toyota Camry itu dikatakan memecut kenderaan dari lokasi kejadian, namun dikejar lebih 10 penunggang motosikal yang melihat kejadian itu. Mangsa kejadian, Norimi Mohamad,...

Objek misteri ganggu penduduk

KOTA BHARU - Kemunculan objek misteri yang dipercayai datang dari udara meresahkan sebuah keluarga di Kampung Kemumin, di sini. Ilhami Amir Ismail, 32, berkata, objek mengeluarkan api kemerahan berbentuk payung terjun mini itu jatuh menimpa bumbung rumahnya dan hampir memusnahkan rumah yang didiami sejak beberapa tahun lalu. “Ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya di tempat kerja sebelum dimaklumkan isteri tentang kejadian aneh...

Google translate yang nakal

Jika diterjemahkan perkataan Makanan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris menggunakan google translate, ianya membawa maksud Food. Tiada apa yang pelik disitu kerana jika dirujuk pada kamus dewan pun tetap membawa maksud yang sama. Namun, apakah yang akan terjadi jika perkataan Makanan tersebut dikalihkan pada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu? Jangan terkejut jika terjemahan perkataan Makanan bermaksud Samy Vellu. Siapalah yang...

Polis China gigit chopstick untuk belajar senyum

BEIJING: Polis China dikenali sebagai antara pasukan keselamatan paling terlatih dalam dunia. Disebabkan kesukaran dan cabaran dihadapi dalam latihan itu, anggota polis terbabit mungkin sukar untuk tersenyum. Bagi mengatasinya, mereka diajar bagaimana untuk mempamerkan senyuman kepada orang ramai. Justeru, pasukan polis di Dalian di wilayah Liaoning baru-baru ini mengadakan kursus khas bagi mengajar anggota mereka teknik tersenyum yang...

Lamunan nak kahwin

KUALA LUMPUR: Cinta mendalam, apatah lagi selepas dijanji untuk dijadikan isteri menyebabkan seorang wanita kerugian RM40,000 selepas diperdaya teman lelaki yang baru dikenalinya dalam tempoh sebulan. Mangsa yang berusia 29 tahun berkenalan dengan lelaki itu pada penghujung Julai lalu dan bermula Ogos hingga September lalu, dia memohon lima pinjaman peribadi daripada bank serta syarikat wang berlesen untuk mendapatkan wang bagi diserahkan...

Kreatif! Keranda dilengkapi sistem karaoke

MANILA - Sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke dihasilkan oleh beberapa pekerja di sebuah kilang di wilayah Pampanga, utara bandar raya ini semalam. Pemilik kilang itu, Robert Nogoy mengeluarkan keranda tersebut sempena sambutan Hari Halloween. SEORANG pekerja menguji sebuah keranda yang dilengkapi sistem karaoke di kilang milik Nogoy di wilayah Pampanga semalam. Nogoy menggantikan bahagian dalam keranda itu dengan sistem karaoke...

Jual Udara Segar Dalam Tin

China sememangnya dikenali dengan masalah pencemaran udaranya. Dalam masa yang sama, pemimpin di negara tersebut hanya menutup mata tanpa mengambil sebarang tindakan. Seorang jutawan China, Chen Guangbiao mempunyai caranya tersendiri. Lelaki yang lebih mesra dipanggil  'Brother Biao' ini menjual udara segar dalam tin dengan harga USD 0.80. Ianya dijenamakan sebagai "Chen Guangbiao: Nice Guy" lalu dipasarkan di beberapa wilayah...

Pesawat lama dijadikan tadika

RUSTAVI, Georgia - Pihak pengurusan sebuah tadika membeli sebuah pesawat lama, Yakovlev Yak-42 di bandar ini. Pesawat itu diubah suai untuk dijadikan sebuah tadika yang mempunyai 15 kanak-kanak. SEBAHAGIAN kanak-kanak yang belajar di dalam pesawat Yakovlev Yak-42. Menurut Reaktor Institut Hubungan Sosial Ukraine-Georgia, Gari Chapidze, pesawat kecil tersebut akan menjadikan kanak-kanak itu berasa seronok untuk belajar di tadika. Chapidze...

Ngeri! Tangan hancur tersepit mesin

KUCHING - Malang menimpa seorang pekerja kilang papan apabila tangan kirinya hancur selepas tersepit mesin pemotong kayu di Sejingkat di sini semalam. SEORANG pekerja kilang papan tidak sedarkan diri selepas cedera parah apabila tangan kirinya hancur tersepit pada mesin pemotong papan di Sejingkat, Kuching semalam. Kejadian pukul 10 pagi itu berlaku apabila pergelangan tangan pemuda yang belum dikenal pasti identitinya itu tersangkut pada...

Bieber, Gomez berpisah?

LOS ANGELES - Penyanyi pop sensasi remaja, Justin Bieber dilaporkan telah berpisah dengan kekasihnya, aktres Selena Gomez. Perkara itu timbul selepas Bieber menyiarkan gambarnya di laman sosial Twitter dalam keadaan sedih berserta keterangan gambar yang tertulis ‘Lingse’. Selena Gomez Beberapa pihak berpendapat, perkataan itu membawa maksud Single atau kembali bersendirian. Bagaimanapun, penyanyi berusia 18 tahun itu kemudiannya memadam...

Tuesday, October 30, 2012

Kes buli pelajar Tokyo naik

TOKYO: Sebanyak 6,637 kes buli dilaporkan di sekolah kerajaan di bandar raya ini dari April hingga Julai tahun ini. gambar hiasan Menurut kajian yang dilakukan Lembaga Pelajaran Tokyo, jumlah itu 40 peratus lebih tinggi berbanding kes sepanjang tahun lalu. Sebahagian peningkatan itu dipercayai hasil daripada pemantauan lebih rapat oleh pihak sekolah selepas pendedahan seorang pelajar sekolah menengah rendah yang membunuh diri tahun lalu...

Bunga Orkid Menyerupai Monyet

Jika diperhatikan, bunga orkid ini menyerupai wajah seekor monyet. Ianya jelas memiliki mata, hidung dan juga mulut. Foto ini tidak dimanipulasi malah bunga tersebut benar-benar wujud. Nama saintifik untuk bunga orkid monyet ini ialah Dracula simia. 'Simia' merujuk pada wajah monyet dan 'Dracula' pula merujuk kepada dua kelopaknya yang menyerupai taring pontianak. Ianya ditemui pada tahun 1978. Adakalanya bunga orkid ini kelihatan agak...

Amil janji hapus dosa RM81,000

JOHOR BAHRU - Bicara manis penuh muslihat seorang lelaki berperwatakan alim kononnya boleh menjamin seseorang masuk syurga menyebabkan seorang wanita terpedaya hingga memaksa mangsa menyerahkan RM81,000 sebagai upah menghapuskan dosa. Ketika mendedahkan perkara itu, anak mangsa yang mahu dikenali sebagai Zana, 31, memberitahu, segalanya bermula apabila ibunya yang berusia 72 tahun bertemu dengan lelaki yang mengaku dirinya sebagai amil zakat...

Guru wanita berasmara dengan pelajar

SINGAPURA - Seorang guru wanita berusia 32 tahun dihukum penjara selama setahun di sini semalam kerana melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di sekolahnya, lapor media tempatan di sini semalam. Akhbar Straits Times melaporkan, guru berkenaan yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak mula menjalin hubungan dengan pelajar itu pada tahun lalu. gambar hiasan Menurut laporan akhbar tersebut, hubungan...

New York umpama bandar raya berhantu

NEW YORK - Pihak berkuasa New York kelmarin mengarahkan 375,000 orang berpindah dari kawasan pantai sebelum ketibaan taufan Sandy. Lebih 7,400 penerbangan turut dibatalkan manakala kakitangan pentadbiran yang tidak penting diarah supaya tidak datang ke pejabat. SEBUAH trak melalui sebatang jalan raya yang dipenuhi air di tepi pantai Southampton, New York semalam. Semua perkhidmatan bas dan tren di kawasan tepi pantai digantung. Perkhidmatan...

Ribuan biri-biri 'tawan' Madrid

MADRID, Sepanyol - Lebih 2,000 ekor biri-biri melalui kawasan di tengah bandar raya ini kelmarin sehingga menjadi tumpuan para pelancong. Sejumlah pengembala mengawasi biri-biri milik mereka yang menggunakan beberapa laluan di bandar raya ini untuk pergi ke kawasan padang dan hutan. SEJUMLAH orang menyaksikan ribuan ekor biri-biri itu. Biri-biri itu sebelum ini ditempatkan di kawasan tanah tinggi yang sejuk. Laluan itu telah digunakan...

Bumbung apartmen jadi tempat tanam sayur di Palestin

BANDAR GAZA, Palestin - Penduduk di sini menanam pelbagai jenis sayur dan tanaman herba di atas bumbung apartmen mereka. Banyak bumbung rumah dan bangunan apartmen di bandar ini dilengkapi sistem penanaman yang menggunakan air serta bahan kumuhan dari tangki-tangki ternakan ikan tilapia sebagai baja. BEBERAPA bekas yang mengandungi pelbagai jenis sayurdi atas sebuah bangunan apartmen di Bandar Gaza pada 9 Oktober lalu. Sistem tersebut...

Lelaki kasanova kini kepanasan

Marzuki, suspek yang memperdaya wanita- ihsan Myjodoh.net JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang menyamar sebagai jurutera dan menggunakan laman web mencari jodoh Myjodoh.net untuk memperdaya wanita bagi mengaut untung mudah kini bagai cacing kepanasan apabila meminta semua kekasihnya supaya menarik semula laporan polis yang dibuat ke atasnya. Menurut salah seorang bekas kekasihnya, Salsabila, 20-an, Marzuki kini ketakutan apabila perbuatan...

Gadis nakal dicucuk garpu panas

JEMPOL: Marah terhadap adik iparnya berusia 16 tahun yang dikatakan nakal dan gemar bersosial, seorang lelaki ‘mengajar’ gadis itu dengan cara kejam apabila menyimbah remaja berkenaan dengan air panas, mencucuk dengan garpu panas serta melibas dengan rantai anjing di rumah mereka di Pekan Jelai, di sini. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa yang sudah tidak bersekolah tinggal dengan kakaknya dan suspek berusia...

Kapal mewah peninggalan Steve Jobs

NEW YORK - Pencapaian terakhir pengasas bersama firma komputer Apple di Amerika Syarikat, Steve Jobs sebelum beliau meninggal dunia ialah sebuah kapal sepanjang 80 meter, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin. GAMBAR yang dirakamkan daripada YouTube semalam menunjukkan kapal mewah Venus sepanjang 80 meter. Namun, Jobs tidak berpeluang menggunakan kapal itu kerana ia baru disiapkan pada bulan ini, setahun selepas kematiannya. Ia...

Monday, October 29, 2012

Peralatan muzik, barang peribadi Yuna lesap di Seattle

Yuna PERALATAN muzik yang digunakan penyanyi, Yuna dan beberapa barang peribadi yang disimpan di van dinaikinya hilang, dipercayai dicuri di Seattle, Amerika Syarikat (AS), semalam. Berita itu disampaikan sendiri oleh penyanyi Terukir Di Bintang ini melalui laman mikro Twitter miliknya awal pagi tadi. Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai memberitahu bahawa kesemua peralatan muzik yang digunakan untuk siri jelajah telah lesap dari van...

Misha Omar kahwin tahun depan?

Misha Omar  Jarang kedengaran kisah terbaru penyanyi bersuara gemeresik, Misha Omar. Dalam diam-diam, Misha sebenarnya masih aktif menyanyi dan dalam proses menyiapkan album terbarunya. Dari segi kehidupan peribadi, pelantun Bunga Bunga Cinta yang bertunang Februari lalu ini masih mencari tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan. Ini kerana, tunangnya yang juga seorang juruterbang agak sibuk dengan karier. Bagaimanapun, Misha...

Aaron Aziz masuk hospital

PELAKON lelaki popular, Aaron Aziz dimasukkan ke hospital pagi ini berikutan demam teruk dialaminya sejak beberapa hari lalu. Perkara itu disahkan oleh isterinya, Diyanah Halik melalui laman mikro Twitter, hari ini. Aaron Aziz Menurut Diyana, Aaron mengalami demam teruk akibat pneumonia. Namun, suhu badan Aaron dilaporkan sudah turun sedikit selepas menerima rawatan. Pneumonia merupakan jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh berlaku...

Lelaki seludup 16 anak harimau dicekup

BANGKOK - Polis Thailand berjaya mematahkan cubaan penyeludupan 16 anak harimau berhampiran sempadan Laos, kelmarin. Sebanyak 16 anak harimau cuba diseludup berhampiran sempadan Laos, kelmarin. Gambar: AP Ketua penyiasat polis daerah tempatan, Leftenan Kolonel Kusol Pongbunchan berkata, lelaki warga tempatan berusia 52 tahun itu ditahan semasa pihak berkuasa melakukan pemeriksaan di pintu sempadan di Khon Kaen wilayah di timur laut Thailand. “Pihak...

Feri rempuh dermaga

MARSEILLE, Perancis - Sebuah feri senget dan dimasuki air selepas ia merempuh dermaga di sini akibat tiupan angin kencang semalam, kata seorang jurucakap syarikat pemilik kapal berkenaan. Feri tersebut, Napoleon Bonaparte dimiliki syarikat Société Nationale Maritime Corse Méditerranée. FERI Napoleon Bonaparte merempuh sebuah dermaga di Marseille semalam. "Ketika kejadian, feri berkenaan tidak membawa penumpang kerana ia tidak beroperasi. "Cuma...

Iklan yang mengaibkan Muslimah

Iklan D'Haja, sebuah syarikat menjual tudung muslimah telah menimbulkan kontroversi hangat. Ianya dilakonkan oleh Irma Hasmie. Mengikut beberapa pendapat, iklan ini berunsurkan freemason. Dalam babak-babak terakhir iklan ini, Irma telah bertukar menjadi gagak hitam seolah-olah seperti perempuan sihir sedangkan pada waktu tersebut dia mengenakan pakaian muslimah. Justeru babak ini secara sengaja atau tidak, telah mengaibkan wanita Islam. Perkara...

Wanita mabuk dicampak keluar

SYDNEY: Bosan dengan bebelan dan tindak-tanduk seorang wanita, sekumpulan penumpang komuter di Sydney berpakat untuk mencampaknya keluar dari tren, lapor media semalam. Sebahagian daripada insiden itu dirakam dan dimuat naik ke YouTube dan mencetuskan sensasi di laman sesawang berkenaan. Melalui klip sepanjang empat minit itu, seorang wanita dipercayai mabuk kelihatan duduk di dalam tren berkenaan dan bertengkar dengan sekumpulan lelaki. Wanita...

Kambing istimewa RM640,000

JAIPUR: Seekor kambing ditawar untuk dijual pada harga RM640,000. Islam Bhati, 37, dari Rajasthan berusaha menjual kambing ajaib dengan harga itu kepada keluarga Islam yang menyambut Aidiladha. Haiwan berusia dua tahun itu mempunyai perkataan ‘Allah’ tertera pada sebelah badannya. Pada sebelah lagi, terpampang pula imej bulan sabit dan bintang. “Ia haiwan ajaib dan saya beruntung memilikinya. Kami menjaga kambing ini seperti anak...

Bandar yang dipercayai tertua di Eropah ditemui

SOFIA - Beberapa pakar arkeologi menemui lokasi sebuah bandar kecil berhampiran bandar Provadia, timur Bulgaria yang dipercayai paling tua di Eropah. GAMBAR yang dirakamkan pada 26 September lalu menunjukkan sebuah penempatan kecil mengandungi dua buah rumah dipercayai lokasi bandar paling tua di Eropah yang terletak berhampiran bandar Provadia. Bandar tersebut wujud antara 4,700 hingga 4,200 Sebelum Masihi. Ia terletak di sekitar sebuah...

Siapa sebenarnya mati?

KUALA LUMPUR: “Saya tak mati lagi, seram sejuk badan saya bila awak cakap saya mati.” Itu kata Sadisafizan Said, 36, kepada wartawan Harian Metro yang ke rumahnya di Kampung Selayang Baru, Batu Caves, di sini, untuk menemu bual keluarganya selepas dia dilaporkan terbunuh bersama dua yang lain dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam. Pertemuan wartawan Harian Metro dengan Sadisafizan, sekali gus menimbulkan persoalan...

Ketumbuhan 28kg dibuang

DRESDEN (Jerman): Doktor di sini berjaya mengeluarkan ketumbuhan seberat 28 kilogram, cukup besar untuk memenuhi sebuah kereta sorong, daripada seorang wanita berusia 60 tahun. DOKTOR menunjukkan gambar ketumbuhan yang dibuang. Wanita berkenaan, Irmtraud Eichler, sebelum ini dikatakan obese selepas berat badannya meningkat apabila ketumbuhan pada ovarinya itu membesar. Doktor memberinya ubat antiobesiti untuk memerangi berat badannya yang...

Budak lelaki cedera ditanduk lembu korban

KARACHI, Pakistan - Seorang budak lelaki cedera selepas dia ditanduk seekor lembu jantan yang akan disembelih sempena Hari Raya Aidiladha di sini kelmarin. Budak tersebut ditanduk semasa haiwan itu mengejar kanak-kanak itu. SEORANG budak lelaki ditanduk seekor lembu di Karachi kelmarin. Bagaimanapun, budak itu hanya mengalami cedera ringan ketika haiwan tersebut terlepas daripada ikatan ketika ia hendak disembelih. Pemiliknya, Abdul...

Pertengkaran terakhir

JOHOR BAHRU: Pasangan kekasih yang dipercayai sering bergaduh di rumah mereka di Blok 15, Town House Polo Park Taman Iskandar di sini, sejak beberapa tahun lalu, bertengkar buat kali terakhir pagi semalam, sebelum kedua-duanya ditemui maut dipercayai terhidu asal tebal dalam kebakaran, semalam. PERIKSA...mayat pasangan kekasih maut dalam kebakaran di rumah sewa, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki warga Singapura, Ang...

Janji tunang 5 wanita

SEGAMAT: Kelicikan seorang lelaki yang memperdaya puluhan wanita dikenalinya melalui laman mencari jodoh sehingga dapat mengikis wang lebih RM100,000 terbongkar apabila seorang daripada mangsa curiga dengan kegagalannya hadir untuk majlis pertunangan mereka. Hasil ‘siasatan’ mangsa itu yang mahu dikenali sebagai Wani, 28, amat mengejutkan apabila kekasihnya itu bukan saja berjanji untuk bertunang dengannya pada 26 Ogos lalu, tapi turut membuat...

Sunday, October 28, 2012

Alasan pelik tuntut insurans telefon bimbit

London: Kita mungkin tidak pernah dengar kejadian seseorang yang hilang telefon bimbitnya selepas alat komunikasi itu termasuk ke dalam perut lembu atau memasaknya.  Namun, dua kejadian itu antara yang dimaklumkan kepada pekerja syarikat insurans oleh pelanggan yang membuat tuntutan pampasan sejak 12 bulan lalu.  gambar hiasan Antara alasan paling pelik syarikat insurans itu adalah kisah petani di Devon yang mendakwa telefonnya...

Kutip mayat jadi sumber rezeki

New Delhi: Ravi baru berusia tujuh tahun ketika lari dari rumah, menaiki kereta api dari utara India ke Mumbai. Selepas 25 tahun dia masih berada di landasan kereta api, melakukan kerja yang langsung tidak terlintas di fikiran ketika tiba di bandar raya itu berurusan dengan mayat untuk mencari rezeki. Memindahkan mayat dari landasan kereta api di bandar raya itu memang tugas menggerunkan tetapi Ravi cukup terdesak untuk melakukannya. Ramai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...