Saturday, October 20, 2012

2 lelaki cuba jual tablet curi dicekup

KUALA LUMPUR: Dua lelaki dicekup apabila cuba menjual tablet dipercayai dicuri kepada anggota polis yang berpakaian awam di sebuah restoran di Jalan Raja Laut, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, dalam kejadian jam 5.15 pagi itu dua suspek terbabit yang menyandang beg menghampiri anggota polis di dalam sebuah restoran sebelum menawarkan tablet dengan harga RM500.
harga pc tablet murah
gambar hiasan
Menurutnya, anggota polis yang mengesyaki barang terbabit barang curi menahan kedua-dua lelaki dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk siasatan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati gajet itu milik pelajar sebuah sekolah di negeri Pantai Timur yang menyertai rombongan dan menginap di sebuah hotel bajet di Jalan Haji Hussein, di sini,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang masing-masing mempunyai dua dan tiga rekod jenayah lampau membabitkan dadah ditahan reman bagi membantu siasatan.

sumber- HMetro

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...