Thursday, October 18, 2012

Bakal pengantin mati kemalangan

GEORGE TOWN – Hasrat seorang pemuda untuk melangsungkan pernikahan dengan tunangnya pada awal bulan depan berkecai apabila dia terbunuh dalam kemalangan di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa, Sheikh Mohd. Adam Mohd. Ishak, 20, mati di tempat kejadian akibat mengalami cedera parah di kepala.

Bakal pengantin mati kemalangan
MOHD. ADAM seorang anggota Rela terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah semalam.
Bagaimanapun, tunangnya Noorfazliana Mohd. Ramli, 22, hanya cedera ringan.

Difahamkan, kemalangan berlaku selepas motosikal yang dinaiki mangsa bersama tunangnya dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki yang datang dari arah bertentangan di Lebuh Raya Lembah Permai.

Rempuhan kuat menyebabkan Mohd. Adam yang merupakan anggota Skuad Muda Ikatan Relawan Malaysia (Rela) Timur Laut tercampak ke bahu jalan dan menyebabkan dia mati di tempat kejadian.

sumber- Kosmo

2 comments:

  1. doakanlah untuk sahabat saya Adam, beliau baek orangnya semoga arwah sentiasa dicucuri rahmat.
    Al-fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. al-fatihah.. salam takziah pda keluarga kenalan fyiera ni..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...