Thursday, November 8, 2012

Seram! Gambar hantu dirakam jururawat

MELAKA – Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

gambar hantu melaka
IMEJ seorang wanita berambut panjang (dalam bulatan) yang dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang jururawat ketika kerja-kerja penyelenggaraan lif di sebuah hospital swastadi Melaka baru-baru ini.
Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ.

“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar.

Keesokan paginya, saya melihat sekali lagi gambar ini dan terkejut apabila mendapati terdapat imej wanita berbaju putih dengan rambut panjang dan muka pucat di atas lantai depan lif,” katanya.

Menurutnya, selepas melihat gambar berkenaan, dia menghadapi kesukaran untuk tidur sehingga berlarutan beberapa hari.

Walaupun takut, katanya, dia tidak akan memadamkan gambar berkenaan kerana menganggap ia sesuatu yang unik untuk ditunjukkan kepada kawan-kawannya.

sumber- Kosmo

1 comment:

  1. nie special pose kat kamera..biasanya samsung ada sofware nie...aku pernah kena dulu...pekerja aku 3 hari tak balik rumah..sebab tertangkap gambar nie..rupa2 nya suami dia yang wat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...