LIMA - Mumia kanak-kanak berusia kira-kira 700 tahun, dikembalikan semula ke Peru selepas diseludup oleh penyeludup barangan antik ke Bolivia, kelmarin.
"Kita mengiktirafnya sebagai artifak warisan kebudayaan negara yang perlu dipelihara," kata Menteri Kebudayaan, Luis Peirano.
Beberapa helai lapisan kain masih membaluti tubuh mumia kecil ini. |
Mumia berkenaan diserahkan kepada Peru oleh Menteri Kebudayaan Bolivia, Pablo Groux dalam keadaan baik dan dibungkus bagi melambatkan proses pereputan.
Pakar arkeologi percaya, ia berasal daripada zaman pra-Inca pantai Peru dan ia adalah kanak-kanak berumur dua tahun.
sumber- AP
mumia pun kena seledup..sian
ReplyDelete