TANAH MERAH - Hasrat seorang warga emas untuk melaungkan azan dan mengimamkan solat Subuh di sebuah surau bertukar tragedi apabila dia ditemui mati dibunuh dalam kejadian di Kampung Gual Petai Lima, Gual Ipoh, dekat sini semalam.
Mayat Abdullah Nawang, 77, ditemui pada pukul 6 pagi oleh dua jemaah wanita yang mahu menunaikan solat Subuh di surau tersebut dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah selepas kepala mangsa disyaki dipukul dengan objek keras.
SEORANG penduduk, Zulkifli Mat menunjukkan tempat Abdullah ditemui mati di Tanah Merah semalam. |
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang cedera parah di kepala dan leher.
"Suspek yang pernah mengganggu penduduk sebelum ini diberkas di sebuah kedai kopi kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian pada pukul 7.30 pagi.
sumber- Kosmo
0 comments:
Post a Comment