Monday, December 24, 2012

Ibu bapa enggan anak terkunci dalam kereta diselamatkan

Seorang kanak-kanak telah terperangkap di dalam Kenderaan. Namun, ibu bapa kanak-kanak tersebut enggan membenarkan dia diselamatkan kerana kos memperbaiki cermin tingkap yang pecah adalah mahal.

budak terkunci dalam kereta

Kejadian ini berlaku di bandar Wenzhou, wilayah Zhejiang, China. Difahamkan ibu bapa kanak-kanak tersebut telah tertinggal kunci di dalam kereta. Secara tidak sengaja, pintu kenderaan tersebut pula terkunci secara automatik dan pada masa yang sama anak mereka masih berada di dalam. Pasukan penyelamat terpaksa dipanggil untuk memberi bantuan.

budak terperangkap dalam kereta

Setelah berbincang, pihak bomba tiada cara lain melainkan dengan memecahkan salah satu dari cermin kenderaan tersebut. Tetapi ibu bapa kanak-kanak ini enggan membenarkannya. Alasannya kereta ini baru sahaja dibeli dan kos memperbaiki cermin yang pecah adalah amat tinggi. Pihak polis dan bomba terpaksa menunggu sambil memikirkan cara lain walaupun telah menemui jalan buntu.

Keadaan menjadi semakin serius apabila kanak-kanak malang ini dilihat semakin pucat akibat kekurangan udara, serta tangisan akibat tekanan yang dihadapinya. Ianya adalah petanda yang mungkin boleh membawa maut. Selepas sejam, mereka bersetuju cermin kenderaan ini dipecahkan dan kanak-kanak tersebut dapat diselamatkan.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...