Monday, December 24, 2012

Trak terbalik, orang ramai sibuk mencuri

Pada 21 Disember yang lalu, seorang pengguna Weibo telah mengemaskini statusnya yang berbunyi, "Sebuah kenderaan terbaik, orang ramai datang tetapi bukanlah untuk membantu sebaliknya mereka hanya mencuri barangan yang bergelimpangan." Disamping itu, pengguna Weibo tersebut turut menyelitkan sekeping gambar. Foto tersebut menunjukkan berpuluh-puluh orang datang mengerumuni tempat kejadian semata-mata untuk mengutip lobak yang bertaburan.

curi lobak

Difahamkan trak tersebut membawa lobak yang bernilai kira-kira 38,000 yuan dan terbalik di Guidang, Guangxi, China. Keadaan jalan raya yang berais menyebabkan insiden tersebut berlaku. Malangnya, penduduk tempatan bukanlah datang untuk membantu sebaliknya mencuri lobak di situ. Pemandu tersebut tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka terlalu ramai.

Insiden yang sama turut berlaku beberapa hari sebelum itu. Sebuah trak yang membawa epal telah terbalik di Shaanxi. Kira-kira 60 orang telah datang mengutip epal yang bertaburan. Perbuatan ini amat dikecam kerana mereka mengambil kesempatan diatas kesulitan yang dihadapi oleh orang lain sedangkan barangan yang bertaburan itu bukanlah hak mereka.

curi epal
curi epal

1 comment:

  1. aku rasa kalo berlaku kat malaysia, benda yg sama akan berlaku gak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...