Thursday, January 3, 2013

Barang-barang terbuang ditukar dengan makanan

BANGKOK - Sebuah koperasi barang kitar semula ditubuhkan oleh bekas pengutip barang-barang terbuang, Peerathorn Seniwong dan isterinya, Buarin di sini.

barang kitar semula
BEBERAPA kanak-kanak mengumpulkan botol dan tin sebelum menukarkannya dengan pelbagai jenis barang di kedai milik Peerathorn di Bangkok pada 23 Disember tahun lalu.
Skim itu melibatkan 800 ahli bagi membolehkan barang-barang terbuang yang dikutip penduduk miskin akan ditukar dengan pelbagai jenis barang termasuk makanan.

Keuntungan koperasi itu dibayar dalam bentuk dividen kepada ahli-ahli dan kemudahan lain seperti insurans nyawa dan membantu membayar yuran perubatan.

Peerathorn yang merupakan bekas pengawal keselamatan dan pemandu teksi motosikal mendapat idea untuk menubuhkan koperasi itu selepas enam tahun dia tinggal di bawah jejambat di sini.

Barang-barang terbuang yang dihantar ke kedai koperasi itu antaranya ialah tin, botol dan surat khabar.

Menurut Buarin, sos ikan, beras, telur, mi segera, ubat gigi dan bahan pencuci merupakan antara barang yang paling menjadi pilihan ahli-ahli koperasi untuk ditukar dengan barang-barang terbuang.

barang terbuang
PEERATHORN menyusun barang-barang terbuang di kedai koperasi miliknya.
Dia berkata, kira-kira 20 hingga 30 orang mengunjungi kedainya pada setiap hari.

Menurut perangkaan Institut Pembungkusan dan Pengurusan Kitar Semula Untuk Mempertahankan Alam Sekitar, terdapat ratusan ribu pengutip barang-barang terbuang dengan pendapatan mereka antara AS$6.50 (RM19.73) hingga AS$10 (RM30.35) sehari.

sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...