BATU FERINGGHI - Seorang lelaki yang sedang memancing menemui mayat tanpa sebelah kaki di pesisiran pantai berhampiran markas tentera di sini, malam kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mayat tanpa identiti itu ditemui dalam keadaan tertiarap kira-kira jam 8.20 malam.
Pasukan bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa. |
“Disebabkan mayat berkenaan sudah reput kita tidak dapat mengenal pasti lagi jantina mayat terbabit.
“Pasukan forensik masih lagi melakukan siasatan dan jantina mayat akan dikenal pasti selepas bedah siasat dilakukan pakar patologi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Bagaimanapun, Mazlan berkata, mayat yang ditemui itu dipercayai orang dewasa berdasarkan saiz badannya yang agak besar.
Menurutnya, buat sementara waktu, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.
Beliau menyeru orang ramai yang kehilangan ahli keluarga agar menghubungi balai polis berhampiran.
Mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
sumber- Sinar
0 comments:
Post a Comment