Thursday, January 3, 2013

Ditampar 50 rakan sekelas kerana tidak siapkan kerja sekolah

Seorang guru dari Sekolah Rendah Ankang yang terletak di wilayah Shaanxi, China, mengarahkan 50 orang pelajarnya menampar seorang pelajar lain. Pelajar yang hanya dikenali sebagai Xiaoming tersebut mengalami lebam yang serius di wajahnya. Kejadian berpunca akibat kegagalannya untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan pada 11 Disember lalu.

ditampar rakan sekelas

Buat masa ini, pengetua di sekolah tersebut telah dikeluarkan dan guru yang terlibat dalam kes tersebut telah pun dipecat.

"Cikgu mengarahkan kami menampar dia dan tiada siapa yang berani membangkang," kata salah seorang pelajar yang terlibat. "Jika kami tidak melakukannya dengan serius, cikgu akan memaksa kami mengulanginya semula."

Xiaoming menulis dalam diarinya bahawa dia berasa amat bernasib baik kerana menjadi seorang yang kuat semangat. Jikalau tidak, mungkin dia sudah membunuh diri. Kes menampar pelajar yang semakin berleluasa telah menyebabkan kebimbangan orang ramai. Mereka mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau guru di sekolah dan melahirkan rasa simpati terhadap mangsa.

Biro Pendidikan tempatan dilaporkan telah memohon maaf kepada pelajar atas insiden yang berlaku.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...