Thursday, March 14, 2013

Gambar lesen memandu dengan separuh cukuran

Adam Bard cuba membuat kelainan pada gambar lesen memandunya. Dia memberitahu rakannya bahawa dia ingin mencukur separuh dari rambut dan separuh dari jambangnya sebelum mengambil gambar untuk memperbaharui lesennya. Namun mereka tidak percayakannya.

Gambar lesen memandu dengan separuh cukuran

Pada suatu pagi, Bard, yang menetap di Victoria telah pergi ke rumah abangnya lalu mencukur separuh misai serta jambangnya. Setelah itu, dia pergi ke kedai gunting dan meminta mereka untuk mencukur sebahagian rambutnya sahaja.

Gambar lesen memandu dengan separuh cukuran

Hasilnya, gambar Bard menjadi popular setelah dimuat naik ke dalam media sosial Reddit. Dalam tempoh 24 jam, lebih enam juta pengunjung yang melihat potongan rambut peliknya. Dalam masa sehari juga, cerita mengenainya menjadi perbualan hangat di seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...