Thursday, March 14, 2013

Video: Ibu bagi anak hisap ganja

Seorang ibu ditahan polis setelah video aksinya yang memberikan ganja kepada anaknya mula tersebar. Video mengejutkan dari rakaman telefon bimbit tersebut menunjukkan Rachelle L. Braaten, 24, sedang memegang paip di mulut anak lelakinya lalu disuruhnya untuk menyedut. Kemudiannya kanak-kanak tersebut terbatuk dan menjauhi ibunya manakala terdengar ibunya sedang ketawa.

Ibu bagi anak hisap ganja

Setelah meneliti rakaman video tersebut, polis menggeledah rumah Braaten yang terletak di Centralia, Washington, Amerika Syarikat. Hasilnya, mereka berjaya menemui 40 pokok ganja berserta senjata api yang disembunyikan. Braaten bersama ayah kanak-kanak tersebut Tyler J. Lee, 25, ditahan kerana memiliki dadah dan senjata api.

Kanak-kanak yang dipercayai baru berusia 22 bulan tersebut bersama abangnya yang berusia 5 tahun terpaksa diserahkan kepada badan perkhidmatan sosial.

Memiliki ganja seberat 40 gram atau kurang tidak menjadi kesalahan di negara ini. Namun menanam, mengedar atau memberikannya kepada kanak-kanak dibawah umur tetap merupakan suatu jenayah yang akan dikenakan tindakan undang-undang.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...