Saturday, March 9, 2013

Lelaki tersangkut di lorong sempit antara dua rumah

Ianya adalah detik dimana seorang lelaki cina yang malang baru menyedari bahawa jalan pintas untuk pulang ke rumahnya tidak seluas yang disangka. Jian Tsui dalam perjalanan pulang dari sebuah bar yang terletak di wilayah Zhejiang, timur China, kira-kira pada pukul 1 pagi dan memutuskan untuk memasuki celahan dua biji rumah sebagai jalan pintas. Namun tanpa disedari dia akan terperangkap dalam insiden yang tidak dapat dilupakan sepanjang hidupnya.

Lelaki cina tersangkut di lorong sempit antara dua rumah

"Ianya berlaku pada awal pagi yang sejuk, jadi saya memutuskan untuk mengambil jalan pintas. Malangnya saya terperangkap dan tidak mampu untuk bergerak ke mana-mana. Saya cuba menjerit meminta pertolongan tetapi suara tidak terkeluar kerana saya tidak dapat bernafas dengan baik."

Jian akhirnya ditemui oleh seorang individu yang dalam perjalanan untuk ke tempat kerja. Dia mengalami sedikit kecederaan dan lebam-lebam ketika jiran sekampung cuba untuk menariknya.

Disebabkan tiada cara lain, dinding salah sebuah rumah tersebut terpaksa dipecahkan bagi membolehkan Jian dibawa keluar. Jian kemudiannya bebas dari insiden yang mencemaskan tersebut tetapi masih perlu memikirkan ganti rugi yang harus dibayar bagi dinding yang telah dipecahkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...