PRESIDEN Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Jacques Rogge duduk di atas sebuah katil sambil diperhatikan oleh datuk bandar perkampungan Olimpik London, Charles Allen. Semua barangan di perkampungan atlet di Olympic Park seperti lampu tidur dan kerusi pengadil akan dijual mulai hari ini. |
LONDON - Lebih sejuta barangan termasuk daripada perkampungan atlet di Olympic Park sudah mula dijual.
Para pembelinya boleh mendapatkan barangan tersebut sebaik sahaja Sukan Paralimpik berakhir pada awal September depan.
Laman web Remains of the Games menawarkan pelbagai barangan termasuklah landskap Oliympic Park termasuk kerusi pengadil berwarna biru dan merah jambu dijual pada harga AS$312 (RM982) seunit.
Tidak terhad kepada kerusi sahaja, orang ramai juga boleh mendapatkan barangan yang lebih 'peribadi' seperti lampu tidur pada harga AS$30 (RM94).
Sekiranya ada yang mahukan kerusi atau 'bean bag', ia dijual pada harga AS$23.50 (RM74) sebuah. Terdapat sebanyak 6,500 unit bean bag untuk dijual.
Para pembeli tidak akan diberitahu atlet mana yang pernah menggunakan barangan tersebut.
Jadi, setiap orang berpeluang untuk memiliki lampu yang mungkin pernah digunakan oleh pelari sensasi dari Jamaica, Usain Bolt atau perenang Amerika Syarikat (AS), Micheal Phelps.
Semua barangan itu bagaimanapun tidak disahkan secara rasmi.
Namun terdapat pelekat yang bertulis: "Produk ini dibuat dan dibekalkan untuk Olimpik London 2012 dan Sukan Paralimpik."
sumber- Agensi
0 comments:
Post a Comment