PUTERA WILLIAM (kanan) duduk bersama isterinya, Kate Middleton semasa menonton perlumbaan basikal berpasukan lelaki pada sukan Olimpik di London pada 2 Ogos lalu. |
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Justin Bieber menasihati pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William supaya mendapatkan rawatan berhubung rambutnya yang semakin nipis, lapor portal berita Stv kelmarin.
Penyanyi Kanada itu berkata, beliau terkejut apabila mendapati keluarga diraja Britain itu belum mendapatkan rawatan bagi memulihkan semula rambutnya.
"Maksud saya kini terdapat ubat bagi merawat masalah tersebut seperti Propecia," katanya dalam satu wawancara dengan majalah Rollercoaster.
"Saya tidak tahu mengapa beliau tidak mendapatkan produk ini. Anda cuma perlu mengambil Propecia dan rambut anda akan tumbuh semula. Mustahil ubat itu tidak dijual di Britain," tambahnya.
Pada tahun 2010, seorang jurucakap firma rawatan rambut, Rogaine memberitahu bahawa mereka mahu menggunakan Putera William sebagai wajah jenama itu.
"Kami melihat kepala Putera William semakin botak sejak beberapa tahun lalu dan kami percaya Rogaine dapat membantunya mengatasi masalah ini," kata seorang wakil syarikat berkenaan.
Dalam pada itu, pelakon Hollywood, Jennifer Aniston mempertahankan keguguran rambut Putera William.
Dalam satu temu bual bersama stesen radio Capital FM aktres berkenaan berkata, Putera William tidak perlu mengubah apa yang berlaku pada dirinya.
"Maksud saya jika beliau mendapatkan rawatan penanaman, kita pula akan menyebabkan beliau mendapatkan transplan rambut. Saya fikir beliau kelihatan kacak seperti aktor Ed Harris dengan keadaan sekarang," kata Aniston.
sumber- Agensi
0 comments:
Post a Comment