Wednesday, August 8, 2012

Sidai anjing kerana bosan

anjing sidai

Di Filipina, seorang pemuda, Jerzon Senador bakal berdepan dakwaan melakukan kekejaman pada haiwan selepas dia menyidai seekor anak anjing pada penyidai pakaian.

Senador menggunakan beberapa penyepit pakaian untuk menyidai haiwan itu sebelum dia merakamkan beberapa gambar anak anjing tersebut. Dia kemudian menyiarkan beberapa gambar haiwan itu yang disepit pada penyidai pakaian di laman Facebook baru-baru ini.

Namun, pemuda tersebut meminta maaf selepas pengguna-pengguna Facebook menyuarakan kemarahan mereka. Senador menyatakan dia melakukan perbuatan itu setelah diselubungi kebosanan. Lebih 3,000 pengguna laman itu menyertai kempen bagi meminta Senador dihukum ekoran perbuatan tersebut. Persatuan Kebajikan Haiwan Filipina telah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu. 

sumber- Agensi

2 comments:

  1. Memang patut pun kena saman sebab dah terlalu banyak dah kes kekejaman terhadap binatang. Niat asalnya memang la untuk suka-suka lepas tu jadi duka

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar pelaku tu plak di sidai.. baru dia tau perit ke x?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...