Wednesday, August 8, 2012

Pelik! Jus katak yang menyihatkan

SEBUAH restoran di Lima, Peru memperkenalkan sejenis minuman yang rasanya anda sama sekali tidak akan minum!

Sejak 15 tahun lalu, restoran berkenaan menjual jus yang sangat pelik iaitu jus katak segar.

Jus katak yang menyihatkan

Anehnya, kebanyakan penduduk tempatan di situ meminum jus berkenaan setiap hari kerana mereka mengatakan yang ia memberi tenaga.

Pemilik restoran itu, Carmen Gonzales berkata, dia dan beberapa pemilik gerai menjual jus ‘Jugo de Rana’ ciptaannya kepada penduduk tempatan dan pelancong yang berani mencuba jus ‘sedap’ itu.

Jus katak yang menyihatkan
Jus katak yang menyihatkan

Dia menjual lebih kurang 80 minuman berasaskan katak setiap hari, dan kebanyakan pelanggannya meminum jus itu sebagai minuman sarapan pagi kerana ia memberikan mereka tenaga sepanjang hari.

Katak yang digunakan diperoleh dari Tasik Titicaca yang terkenal, yang terletak pada aras tinggi di selatan Peru.

Jus katak yang menyihatkan
Jus katak yang menyihatkan

Cara jus katak segar dibuat ialah katak dibunuh dengan menghentaknya ke atas jubin, dibuang kulit dan dimasukkan ke dalam pengisar bersama 20 bahan lain termasuk kacang putih, madu, pokok lidah buaya, malta, maca (sejenis akar Andean yang juga dipercayai boleh meningkatkan tenaga dan nafsu seks) dan kadang-kala wain (arak).

Jus katak yang menyihatkan
Jus katak yang menyihatkan

Minuman ‘sedap’ itu juga dikenali sebagai ‘Peruvian Viagra’ (Viagra Peru) yang berharga hampir RM7, tetapi bagi  para peminat jus pelik itu berkata ia berbaloi setiap sen untuk kesannya pada badan mereka.

sumber- mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...