Monday, August 6, 2012

Gambar Eksklusif Marilyn Monroe

LOS ANGELES: Walaupun pernah bergambar beribu kali, sejumlah gambar Marilyn Monroe yang belum pernah disiarkan tetap menjadi perhatian selepas 50 tahun kematiannya.

Marilyn Monroe

Rangkaian gambar terbaru Marilyn disiarkan dalam sebuah buku baru, Marilyn By Magnum, yang diterbitkan bagi memperingati ulang tahun ke-50 kematian tragik ikon perfileman itu.

Marilyn Monroe

Diambil di apartmennya pada 1952, gambar itu dirakam jurugambar terkenal, Philippe Halsman.

Pada 1952 juga, Marilyn menjalani penggambaran filem Niagara bersama Joseph Cotten, selain menjadi pelakon utama dalam Gentlemen Prefer Blondes.

Marilyn berusia 26 tahun ketika itu.

Buku berkenaan dihiasi banyak gambar dirakam kakitangan agensi fotografi terkemuka dunia, Magnum, yang diasaskan empat jurugambar, iaitu Robert Capa, Henri Cartier-Bresson, George Rodger dan David “Chim” Seymour pada 1947. 

sumber- Telegraph

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...