Monday, August 6, 2012

Pelik! Minum susu anjing kerana miskin

Chotu Kumar begitu rapat dengan kawanan anjing. Telatah Chotu yang luar biasa dapat dilihat apabila dia memegang kaki belakang anjing tersebut lalu menhisap susunya.

main dengan anjing

Peliknya, anjing liar tersebut mengizinkan perbuatannya. " Keluarga saya sangat miskin dan adakalanya saya sangat lapar. Anjing itu tidak menggigit saya. Saya sukakannya dan ia sukakan saya. Ia melayan saya seperti anaknya sendiri. Saya suka bermain dengan anjing kerana mereka adalah kawan saya."

Chotu tinggal bersama ibunya Shanichari Devi, 37 tahun, neneknya Amiya Devi, 60 tahun, dan dua adik-beradiknya iaitu Bola,14 tahun, serta Mahesh, 3 tahun di sebuah rumah lumpur di Jharkhand,Timur India.

Setelah kematian ayahnya empat tahun yang lalu, keluarganya hidup di bawah garis kemiskinan. Abangnya terpaksa bekerja di sebuah hotel berdekatan dengan bayaran bawah £ 20 sebulan.

Ibu dan nenek Chotu pula terpaksa meredah hutan untuk mengumpul kayu api dan mencari hasil hutan bagi dijadikan makanan. Rata-rata makanan harian mereka adalah roti dan sayur-sayuran.

main anjing betina

Menurut UNICEF, 90 peratus kanak-kanak di bawah usia tiga kekurangan gizi di kawasan luar bandar Jharkhand dan lebih 25 000 kanak-kanak meninggal dunia setiap tahun.

Chotu mula menghabiskan masa bersama kawanan anjing tersebut sejak dua tahun yang lalu. Dia tidak ke sekolah dan langsung tidak mempunyai kawan. Dia mendakwa bahawa anjing tersebut satu-satunya kawan yang dia ada.

Keluarga tersebut tidak pernah mendapat makanan seimbang dan bekalan susu harian. Ibu Chotu amat terkejut apabila pertama kali melihat anaknya menghisap susu anjing.

"Pada mulanya saya tidak hiraukan apabila Chotu bermain dengan anjing tetapi saya terkejut melihat dia menghisap susu anjing tersebut."

ibu dukung anak

"Saya berlari dan menariknya pergi. Tapi apabila lapar, dia akan pergi mendapatkan ibu susunya semula. Akhirnya saya benarkan kerana tahu dia sangat lapar."

"Anjing itu jinak dan tidak pernah menyerang dia. Chotu sering naik ke atas haiwan tersebut duduk melompat-lompat sambil bermain dengan anaknya."

Anjing tersebut kerap berada di perkarangan rumah Chotu dan menyalak untuk memanggil Chotu keluar bermain.

Pelik! Minum susu anjing kerana miskin

Tabiat pelik Chotu mula diketahui penduduk setempat dan mereka begitu marah dengan perbuatan itu. Mereka khuatir kanak-kanak di kawasan tersebut akan dijangkiti wabak rabies.

"Penduduk mengatakan Chotu akan meninggal jika meneruskan tabiatnya dan menyebabkan jangkitan pada kanak-kanak lain. Namun, Chotu langsung tidak menghiraukannya," kata Shanichari.

Pelik! Minum susu anjing kerana miskin

Penduduk kampung membuat laporan polis yang memaksa pihak berkuasa turut campur tangan dalam masalah tersebut.

Tidak lama selepas itu, Chotu diterima untuk meneruskan persekolahan dan mendapat makanan tengah hari secara percuma. Keluarganya turut menerima kad yang membolehkan mereka mendapat bantuan makanan. Tetapi, tabiat Chotu menghisap susu anjing masih tidak berubah.

Pelik! Minum susu anjing kerana miskin

Chotu berkata, "Saya menghisap susu tiga kali sehari dan rasanya manis seperti gula. Orang kampung tidak menyenangi saya berkawan dengan anjing ini tapi saya tidak menghiraukan mereka. Anjing ini pun suka saya menghisap susunya."

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...