Monday, August 6, 2012

Misteri Ukiran Batu Ica Di Peru

Sekitar 1960-an ,seorang petani menjumpai banyak batu aneh di dalam sebuah gua dan gaung sekitar Ica, iaitu sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 300 kilometer dari Lima, Peru. Batu itu terdiri daripada pelbagai saiz tetapi apa yang menjadikannya suatu artifak misteri ialah ukiran pada batu berkenaan pasti mencetuskan tanda tanya kepada sesiapa yang melihatnya.

Misteri Ukiran Batu Ica Di Peru

Meneliti ukiran aneh pada batu itu, ia seolah-olah mencatatkan cerita mengenai wujudnya satu peradaban purba yang sangat maju malah lebih maju daripada dunia hari ini pada zaman dinosaur iaitu jutaan tahun lalu. Bagaimanapun, atas sebab tertentu yang masih menjadi misteri, tamadun itu akhirnya musnah dan lenyap, sama seperti pupusnya dinosaur pada hari ini sehingga tinggalan ukiran pada batu itu saja bagi menyingkap kembali kehebatan tamadun berkenaan.

Sebaik melihat pelbagai ukiran aneh pada batu itu, petani terbabit mula membawa keluar dan menjual artifak berkenaan kepada pelancong sebagai cenderamata. Pada suatu hari dia ditahan pihak berkuasa atas sebab yang menjadi misteri. Selepas beberapa lama ditahan dan dikurung, petani itu dibebaskan tetapi selepas itu, dia tidak lagi berani menyatakan yang batu itu adalah artifak purba.

Keunikan batu yang penuh dengan ukiran misteri itu menarik minat seorang doktor tempatan iaitu Dr Javier Cabrera dan sejak itu, beliau sentiasa membeli dan mengumpulkan batu berkenaan daripada petani terbabit selain beberapa pihak lain. Cabrera pernah bertanyakan kepada petani terbabit bagaimana dan di mana dia memperoleh batuan berkenaan dengan kuantiti yang banyak tetapi petani itu enggan memberitahunya kerana takut ditahan pihak berkuasa sekali lagi.

Doktor itu percaya yang batu berkenaan adalah satu artifak purba yang wujud jutaan tahun lalu. Beliau mula membenarkan penyelidik mengkaji batu berkenaan.
  • Batu berkenaan sudah mencapai usia ribuan tahun lamanya. Ujian kimia yang dilakukan pula mendapati batu itu berasal dari sungai tempatan dan Gunung Andes berikutan permukaannya yang ditutupi lapisan oksida.
  • Bekas ukiran pada batu itu sudah terlalu lama dan batu yang ditemui sekitar gua memiliki fosil organisme berusia jutaan tahun.
  • Muzium di bina dan mengumpulkan lebih 15,000 batu misteri berkenaan di Ica , Peru.
  • Pembinaan muzium batuan itu secara tidak langsung mendedahkan misteri berkaitan ukiran pada batu artifak itu kepada khalayak ramai dan sehingga kini, perdebatan mengenai kesahihan batu aneh itu masih berterusan.
Antara gambar yang terukir pada batu berkenaan adalah:-
  • Gambaran galaksi angkasa
  • Haiwan purbakala
  • Peta daratan prasejarah
  • Bencana dahsyat pada zaman dulu.
Gambar batuan menunjukkan :-
  • Gambaran manusia wujud dan hidup sezaman dengan dinosaur. Malah, ukiran bentuk manusia dan dinosaur pada batu itu sama saja dengan bentuk manusia dan gambaran dinosaur yang ditemui pada hari ini.
  • Terpahat ukiran seorang manusia menunggang di atas Triceratops, dengan tangannya menggenggam senjata seperti kapak.
Misteri Ukiran Batu Ica Di Peru

  • Terdapat ukiran seorang manusia yang panik dikejar T-Rex.
  • Terdapat ukiran muka bumi pada 13 juta tahun lalu yang dilihat dari angkasa. Ada empat gambar pada ukiran yang persis peta dunia dan menurut penyelidik, peta daratan yang diukir pada batu itu adalah keadaan daratan pada zaman purba dan ia dilukis dengan tepat.
  • Ukiran pembedahan otak dan bagaimana cara mengatasi reaksi penolakan organ dalam proses pemindahan organ yang mana semua ilmu itu, baru ditemui dalam dunia perubatan moden.

Misteri Ukiran Batu Ica Di Peru

  • Ukiran pengambilan benda berbentuk gelembung dalam lingkaran janin ibu yang hamil sebelum menyuntik ke dalam tubuh pesakit.

Misteri Ukiran Batu Ica Di Peru

  • Ukiran teknologi bius dengan akupuntur dalam operasi perubatan selain batu yang mengukir gambaran gen.
Cabrera percaya yang batu itu diukir masyarakat zaman dulu yang dikenali sebagai ‘Gliptolithic Man’.

Sehingga kini, kebenaran membabitkan ukiran batu Ica terus menjadi teka-teki yang membingungkan. Sama ada wujud satu tamadun yang penuh futuristik yang diasaskan manusia, pada jutaan tahun lalu atau sekadar satu pembohongan, terus menjadi misteri sehingga kini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...