Monday, August 6, 2012

Pelik! Kanak-Kanak Ini Miliki Mata Seperti Kucing

Terdapat sebuah berita melaporkan mengenai pakar perubatan di China yang telah dikejutkan dengan sepasang mata biru milik seorang kanak-kanak bernama Nong Youhui. Mata biru kanak-kanak ini mampu dilihat di dalam gelap dan memancarkan cahaya biru kehijauan seperti mana mata seekor kucing. Ia bukanlah mata hiasan seperti yang digunapakai iaitu contact lens bagi sesetengah individu.

Pelik! Kanak-Kanak Ini Miliki Mata Seperti Kucing

Nong Youhui dikesan mempunyai mata yang unik ini ketika berusia baru 2 bulan. Bapanya kemudian membawa Youhui berjumpa dengan doktor, namun doktor mengatakan mata Youhui akan kembali menjadi hitam seiring usianya. Tetapi sehingga kini belum terlihat adanya sebarang perubahan.

Ketika diuji oleh pakar perubatan, terbukti mata Youhui juga mampu melihat secara sempurna di tempat yang gelap. Tetapi hal ini sekaligus memberinya penglihatan yang sangat sensitif ketika hari terang. Saksikan video di bawah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...