SINGAPURA: Kerajaan Singapura mengharamkam penayangan filem satira tempatan, tiga hari sebelum pelancarannya kerana ia didapati menyinggung penduduk minoriti India, kata pemerhati media, semalam.
Kenyataan daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Media (MDA) berkata, “Seks. Keganasan. Nilai Kekeluargaan.” pada mulanya dinilai sesuai untuk penonton berusia 18 tahun ke atas tetapi panel rujukan membuat kesimpulan satu daripada tiga cerita dalam filem bebas sepanjang 47 minit itu tidak sesuai untuk tontonon umum.
“Majoriti anggota panel merasakan filem itu tidak sepatutnya disiarkan kepada umum kerana melibatkan rujukan perkauman yang dianggap memperkecilkan dan menyinggung perasaan orang India.”
Kenyataan itu turut menyebut, pemilik filem itu boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Rayuan Filem.
Laman promosi filem itu di Facebook memuat naik kenyataan pengharaman filem berkenaan semalam dan menyebabkan kemarahan orang ramai terhadap MDA dan meminta warga Singapura diberi kebenaran untuk menilai sendiri filem itu.
Walaupun diharamkan, treler filem tempatan yang memaparkan aktor Adrian Pang mengejek aktor dari keturunan India dalam cerita yang bertajuk “Porn Masala”, masih boleh ditonton dalam laman web rasmi filem itu, semalam.
sumber- Straits Times
0 comments:
Post a Comment