Wednesday, October 10, 2012

Gadis mangsa pemerkosaan dibuang sekolah kerana cemar nama baik

cewek SMA diperkosa

JAKARTA: Sebuah sekolah di sini membuang pelajar perempuan berusia 14 tahun kerana “mencemar” nama baik institusi itu selepas dia dirogol oleh sindiket pelacuran, kata aktivis, semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak, Arist Merdeka Sirait berkata, sebuah sekolah swasta di luar Jakarta itu bertindak membuang remaja itu dari sekolah ketika satu majlis yang dihadiri oleh pelajar sekolah itu, kelmarin. 

“Seorang guru memberitahu pelajar itu dia telah mencemarkan imej sekolah,” kata Arist. 

Pihak sekolah memburukkan lagi trauma pelajar perempuan itu dengan memalukannya di hadapan beratus-ratus pelajar lain di sekolah itu, katanya.

Arist berkata, suruhanjaya telah menghantar surat kepada pengurusan sekolah itu memprotes tindakan mereka dan akan menulis surat kepada Kementerian Pelajaran agar menilai kembali lesen sekolah itu.

“Remaja itu adalah mangsa sindiket memperdaya kanak-kanak. Pihak sekolah sepatutnya membantu dia menghadapi traumanya,” katanya. 

Arist berkata, remaja perempuan itu dihubungi melalui laman Facebook oleh seorang anggota sindiket yang menahannya selama seminggu, bulan lalu. 

Katanya, pihak sekolah gagal memastikan hak kanak-kanak mendapatkan pelajaran. 

sumber- Jakarta Post

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...