Wednesday, October 10, 2012

PM Singapura bidas FB kecam majlis kahwin orang Melayu

Lee Hsien Loong
Lee Hsien Loong
SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menggesa rakyatnya agar "menghormati" kaum lain - gesaan yang dibuat ekoran kecaman berbaur rasis yang berapi-api menerusi laman sosial Facebook yang telah mencetuskan rasa tidak senang banyak pihak.

"Biar kita berhati-hati dengan apa kita kata, sama ada atas talian ataupun secara bersemuka," kata Hsien Loong menerusi akaun Facebook beliau.

Anak kepada pengasas Singapura ini melahirkan pandangannya  susulan komen seorang wanita yang mengecam majlis perkahwinan masyarakat Melayu di kawasan terbuka pangsapuri awam.

Bagaimanapun katanya, ia satu kes terpinggir dan "tidak menggambarkan kekuatan hubungan kaum di Singapura."

Bagaimanapun kata beliau, insiden itu menunjukkan sejauh mana beberapa perkataan yang dikeluarkan tanpa berfikir panjang, boleh membawa kepada ketidakstabilan hubungan kaum di Singapura.

Wanita berkenaan, Amy Cheong telah dipecat dari tempat kerja dan dilaporkan telah membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dia membuat kenyataan itu kelmarin, lapor BBC.

Tulisan itu yang telah dipadamkan menerima lebih 10,000 komen.

Selepas dipecat semalam, wanita berkenaan telah berlepas ke Australia.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...