TOKYO - Seorang bekas pegawai polis yang disyaki membunuh seorang wanita dengan sebilah pedang telah ditemui mati di rumah mangsa di Setagaya Ward, Tokyo pada petang Rabu.
Menurut polis, lelaki berusia 86 tahun, yang dikenali sebagai Shigemasu Tokunaga telah mengelar Setsuko Kubo, 62, pada bahagian leher dengan sebilah pedang di suatu lorong kira-kira pada jam 11.30 pagi waktu tempatan. Kubo telah dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia pada pukul 1.00 petang.
Tokunaga, yang tinggal di seberang jalan rumah mangsa telah memecah masuk ke rumahnya dan enggan untuk keluar atau berunding dengan pihak polis. Ketika polis berjaya memasuki rumah mangsa pada jam 1.40 petang, mereka mendapati Tokunaga terbaring berhampiran pintu masuk. Suspek ditemui mengalami pendarahan pada leher dan meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Penduduk tempatan berkata, Kubo dan Tokunaga telah bertengkar sejak Mei lalu. Sebelum kejadian, Kubo pernah menelefon talian 110 untuk melaporkan bahawa jirannya telah menyembur racun perosak padanya.
0 comments:
Post a Comment