Wednesday, October 10, 2012

TV mudarat kanak-kanak

bahaya tv terhadap kanak-kanak

LONDON: Ibu bapa perlu mengurangkan secara ketara jumlah waktu anak mereka menonton televisyen atau melarang mereka sama sekali jika berusia kurang daripada tiga tahun, kata pakar psikologi terkemuka, semalam.

Dr Aric Sigman berkata, mengehadkan jumlah waktu golongan muda berada di depan televisyen memberi kesan positif kepada kesihatan, tumbesaran dan kehidupan mereka.

Katanya, menjelang usia tujuh tahun, seseorang budak yang lahir pada zaman ini didapati menghabiskan masa bersamaan setahun di depan televisyen.

“Secara perbandingan, masa mereka menonton televisyen adalah lebih lama daripada masa mereka mengikuti pembelajaran di sekolah,” katanya.

Menurut Sigman, meluangkan masa untuk permainan video, komputer, televisyen, telefon pintar dan komputer riba dikaitkan dengan masalah obesiti serta meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular atau diabetes.

Katanya, secara purata, setiap seorang kanak-kanak terdedah kepada lima skrin berbeza bagi setiap rumah. Sigman berkata, masa yang banyak diluangkan untuk televisyen turut menjejaskan daya tumpuan serta pelbagai kesukaran psikologi.

“Mengurangkan jumlah waktu harian menonton bagi kanak-kanak dan melewatkan usia untuk mereka mengenali televisyen boleh memberi kesan besar kepada kesihatan serta kehidupan,” katanya. 

Sigman berkata, jumlah masa menonton turut memberi kesan negatif kepada tahap perkembangan hubungan sosial kanak-kanak.

Menurut Sigman, ramai ibu bapa menggunakan ‘pelayan bayi elektronik’ - istilah merujuk kepada televisyen dan alat permainan - untuk mengawal pergerakan anak masing-masing.

Waktu diluangkan untuk skrin mencipta keluarga yang mempunyai tiga ibu bapa,” katanya. 

sumber- DM

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...