2020533

Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Friday, November 30, 2012

Kapal selam Iran

TEHERAN - Tentera Laut Iran mempamerkan kapal selam dan hovercraft buatannya di pelabuhan Bandar Abbas di selatan negara ini kelmarin. Sebuah stesen televisyen tempatan menunjukkan dua buah kapal selam dan dua buah hovercraft itu. BEBERAPA anggota tentera laut berdiri di atas kapal selam Qadir di depan sebuah hovercraft di pelabuhan Bandar Abbas, selatan Iran kelmarin.  Kapal selam yang bernama Qadir itu boleh melancarkan serangan...

Menyelam bersama buaya

Pengalaman menyelam bersama buaya besar pasti amat menakutkan. Crocosaurus Cove memberi peluang untuk pelancong merasai sendiri pengalaman tersebut. Mereka yang benar-benar berani akan diletakkan di dalam sangkar silinder lutsinar sementara haiwan ganas tersebut berlegar-legar didalam kolam. Sangkar tersebut turut digelar Cage of Death (sangkar kematian). Adakalanya si pemangsa ini akan mendekati anda dan pada waktu tersebut, anda mungkin...

Kucing peliharaan selamatkan nyawa tuan

EDINBURGH - Seekor kucing peliharaan dipercayai menyelamatkan nyawa pemiliknya, seorang remaja perempuan yang mengalami serangan jantung. Maria Gillon, 13, menghidap sejenis penyakit jantung dikenali sebagai ventricular tachycardia yang menggandakan kadar degupan jantungnya menyebabkannya sering mengalami serangan jantung sehingga dia sering mengalami kekejangan dan tidak boleh bergerak. Gillon bersama Perla, kucing peliharaan yang telah...

Pembantu rumah maut terjatuh kondominium

PETALING JAYA: Seorang pembantu rumah warga Indonesia sempat meninggalkan nota serta nombor telefon yang dibuang dari tingkat sembilan sebuah kondominium di Kota Damansara meminta tolong supaya mencarikannya pekerjaan baru sebelum dia ditemui maut selepas terjatuh, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, wanita berusia 30-an itu yang baru beberapa bulan bekerja dengan majikannya bertindak nekad melarikan diri dengan memanjat balkoni,...

3 sekeluarga rentung berpelukan

BELURAN: Cubaan seorang ibu menyelamatkan dua anak perempuannya dengan keluar melalui tingkap jeriji gagal kerana ia berkunci menyebabkan ketiga-tiga beranak itu rentung dalam kebakaran membabitkan rumah kedai yang mereka diami di Jalan Lama Beluran Dua, di sini, malam kelmarin. MARAK...rumah kedai di Jalan Lama Beluran Dua, pekan Beluran yang terbakar, kelmarin. Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mayat Siti Jainah Abd Razak, 32, bersama dua...

Harimau 170kg jadi sahabat

MALANG: Persahabatan dijalin sejak kira-kira empat tahun lalu membolehkan seekor harimau Benggala menjadi sahabat kepada manusia. Haiwan liar yang dinamakan sebagai Mulan itu kini menjadi kawan akrab kepada Abdullah Sholeh. ANTARA aksi manja Mulan dengan Abdullah. Mulan - kini berusia empat tahun dan seberat lebih 171 kilogram - mula dijaga Abdullah sejak haiwan berkenaan berusia tiga bulan. Sejak dipelihara, hubungan Mulan dengan Abdullah...

Universiti Ketawa akan dibina di India

NEW DELHI - Seorang guru yoga, Madan Kataria akan membina sebuah 'universiti ketawa' di bandar Bangalore, selatan India. Universiti tersebut akan didirikan di sebuah kawasan yang didermakan oleh seorang kontraktor bangunan. Seorang taikun turut mendermakan sebanyak AS$250,000 (RM761,366) untuk tujuan pembinaan universiti itu. BEBERAPA orang ketawa dalam sesi 'kelab ketawa' di Greater Noida, pinggir New Delhi pada 25 Ogos lalu. Gambar kecil...

Pemuda tarik trak dengan telinga

RUSTAVI, Georgia - Seorang pemuda berusia 32 tahun, Lasha Pataraia menarik sebuah trak dengan menggunakan tali yang diikat di telinganya di sini semalam. PATARAIA menarik sebuah trak dengan menggunakan tali yang diikat di telinganya di Rustavi, Georgia semalam. - REUTERS  Dia berjaya menarik trak seberat 8,250 kilogram itu sejauh 21.50 meter. Pemuda tersebut berjaya mencipta rekod Guinness World Records ekoran usahanya itu.  sumber-...

Inilah otak Albert Einstein

WASHINGTON - Gambar otak saintis terkenal dunia, mendiang Albert Einstein disiarkan oleh pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Silver Spring, Maryland dekat sini. Pihak muzium itu menyiarkan gambar tersebut kelmarin. GAMBAR yang disiarkan pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Maryland menunjukkan otak Einstein.  Ia merupakan gambar otak Einstein yang dirakamkan selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1955. Beliau...

Video Hantu Kanak-Kanak mengusik pengguna lif

RIO DE JANEIRO - Satu program televisyen cuba meninjau reaksi para pengguna lif apabila mereka melihat hantu, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin. Kamera dipasang dalam lif itu tanpa disedari oleh para pengguna semasa rakaman tersebut dibuat. GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube semalam menunjukkan seorang wanita cuba mengelak daripada melihat 'hantu' budak perempuan (kiri) di dalam sebuah lif dalam sebuah program televisyen...

Thursday, November 29, 2012

Wanita ini bukan menunggang motosikal

Sekilas pandang, gambar-gambar ini seakan wanita yang sedang menunggang motosikal. Namun apa yang dilihat ini keselurahannya adalah manusia yang telah dicat. Seorang artis, Trina Merry bertanggungjawab dalam mewarnakan mereka, mengatur pergerakan, serta mendapatkan gambar yang menakjubkan ini. Ianya dipersembahan untuk Progressive International Motorcycle Show tahun ini. Seni ini hanya dapat dijayakan dengan bantuan model yang pakar dalam...

10 iklan dengan lif yang kreatif

Lif pada asasnya dibina sebagai pengangkutan dari satu aras ke aras yang lain dengan mudah. Dengan penggunaannya sebegitulah, ramai pengiklan kreatif mengambil kesempatan untuk mengiklankan produk-produk mereka. Berikut adalah 10 iklan kreatif yang menggunakan lif sebagai medium pengiklanan. Iklan OREO ini dijayakan dengan konsep mencelup biskut ke dalam susu. Sesuai dengan tagline biskut tersebut iaitu 'Putar, Rasa, Celup'. Iklan kreatif...

Kepala koyak main gelongsor air

KANGAR – Keseronokan seorang pelajar mandi-manda di sebuah taman tema air di Ayer Keroh, Melaka bertukar menjadi igauan buruk ketika bermain salah satu gelongsor air di situ. SHARINA menunjukkan kesan luka di kepala anaknya, Muhammad Aiman selepas mendakwa terjatuh ketika mandi-manda di sebuah taman tema air di Melaka 20 November lalu. Akibat kejadian itu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di sini, Muhammad Aiman Afzal Suhaizam,...

Kren terbakar, jatuh atas bumbung universiti

SYDNEY: Beberapa pekerja binaan dan pelajar nyaris maut apabila sebuah kren terbakar sebelum terhempas ke atas bumbung Universiti Teknologi Sydney, semalam. Menurut akhbar Guardian, pemandu kren berjaya menyelamatkan diri.  Tiada yang cedera akibat kemalangan itu, tetapi beratus-ratus orang terpaksa dikeluarkan dari bangunan berdekatan.  Kebakaran itu berlaku kira-kira jam 10 pagi waktu Sydney dan kesatuan pembinaan mengesyaki...

Nenek GRO dicekup di bar

BUTTERWORTH : Seorang nenek tiga cucu memberi alasan kesempitan wang sehingga terpaksa bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ketika ditahan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan di Taman Chai Leng, Perai, di sini. kelmarin. TAHAN...dua wanita warga emas dicekup kerana disyaki berkelakuan tidak bermoral di sebuah pusat hiburan. Nenek berusia 59 tahun itu ditahan sepasukan 15 penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)...

Dibunuh sebab muzik

MIAMI: Seorang remaja di Florida, ditembak mati oleh lelaki yang beberapa minit sebelum itu telah meminta mangsa dan rakannya mengurangkan bunyi muzik dari stereo kereta mereka, kata pegawai polis, semalam. Leftenan Rob Schoonover dari Jabatan Sheriff berkata, Jordan Davis, 17, ditembak sekurang-kurangnya dua kali oleh Michael Dunn, seorang ahli perniagaan berusia 45 tahun yang ditahan selepas kejadian Jumaat lalu di Jacksonville. Jordan...

Ngeri! Muka tertusuk pemutar skru

BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan cedera selepas sebatang pemutar skru tertusuk pada mukanya. Jiali dari Tianshui di wilayah Gansu, jatuh tersembam pada pemutar skru yang dipegangnya ketika melawat neneknya hingga menyebabkan alat itu menembusi hidungnya hingga ke soket mata. Dia bernasib baik kerana pemutar berkenaan tidak terkena otaknya.  Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke hospital. Pakar perubatan melakukan beberapa...

Suspek samun dan perkosa wanita Vietnam diburu polis

KUALA LUMPUR – Penjenayah yang menyamun sebuah premis urut sebelum merogol dua wanita Vietnam di Jalan Genting Klang dekat Setapak di sini Ahad lalu kini ibarat cacing kepanasan apabila polis mengedarkan gambar suspek-suspek terlibat. IMEJ CCTV menunjukkan kelibat tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun dan rogol di Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur Ahad lalu. Gambar suspek yang dapat dirakam melalui rakaman televisyen litar...

Bayi maut ditimpa durian 2 kilogram

NIBONG TEBAL – Seorang bayi lelaki berusia sebulan maut apabila dihempap sebiji durian seberat dua kilogram yang luruh ketika berada dalam dukungan ibunya di belakang rumah sewa mereka di Kampung Badak Mati, Jawi dekat sini kelmarin. MUHD. YUSUF menemui ajal selepas kepalanya ditimpa durian kampung seberat dua kilogram di Nibong Tebal kelmarin. Muhd. Yusuf Zainal disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Bakap (HSB) pada pukul 5 petang akibat...

Lahar Gunung Kilauea mengalir ke laut

LAHAR mengalir ke laut dekat Taman Negara Gunung Berapi di Kampung Kalapana, Hawaii kelmarin. KALAPANA, Hawaii - Sebuah gunung berapi dekat Taman Negara Gunung Berapi di sini mengalirkan lahar ke laut sejak Sabtu lalu. Beberapa pegawai menyatakan, jika lahar tersebut berterusan mengalir ke laut dari Gunung Kilauea, ia akan menarik kehadiran ramai pelancong. sumber- Reuters...

Menara condong sejak tahun 1960-an di China

BEBERAPA pelajar bermain bola keranjang di tepi Menara Wanshousi yang condong di Xi'an, wilayah Shaanxi kelmarin. XI'AN, China - Menara Wanshousi di sini yang terletak berdekatan sebuah sekolah di sini condong sejak tahun 1960-an. Ia dibina sejak zaman dinasti Ming yang memerintah pada tahun 1368 hingga 1644. Bagaimanapun, beberapa rangka besi dipasang bagi menyokong menara itu bagi mengelak ia tumbang. sumber- Reuters...

Wednesday, November 28, 2012

Lembaga lidah terjelir dirakam

KERIAN - Imej lembaga putih dengan lidah terjelir dan bertanduk dipercayai hantu berjaya dirakam secara tidak sengaja oleh seorang pelanggan dengan menggunakan telefon pintar di sebuah gerai makan di pekan Bagan Tiang, di sini tiga minggu lalu. Musa (tengah) dan Abu Bakar(kiri) menunjukkan kedudukan imej lembaga hantu yang dirakam secara tidak sengaja. Gambar kecil: Imej lembaga didakwa hantu yang berjaya dirakam. Pekerja kontrak, Musa Ibrahim,...

14 senjata bergaya yang artistik

Peter Gronquist telah mereka senjata yang dilabel dengan pelbagai jenama terkenal seperti Chanel, Gucci, Versace, Dolce & Gabanna, dan sebagainya. Dia mengatakan, manusia hari ini lebih gemar meletakkan label berjenama untuk sebarang perkakas bagi melihat dan merasai kehebatannya. Oleh itu, dia cuba melakukan keseronokan dengan cara tersebut. ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...